Saturday, December 4, 2010

Abah! Kami Rindu Kat Abah

Ahad:14 Disember 2008
Seperti biasa aku, suami n anak akan pulang ke kg apabla cuti sek. Kami sampai malam ke Muadzam.. Seperti biasa abah akan menyambut kami dan akan menyediakan satu ruang tmpt letak kereta di dpn rumah.... Kami tgk abah ok je mlm tu mcm biasa ceria menyambut kami terutama cucunya humaira.. terpacar kegembiraan abah apabila kami sampai..Mama xder malam tu sebab mama kerja malam.

Isnin:15 Disember 2008
Pagi
Pagi isnin aku tgk abah n adik2 sibuk nak betulkan TV.. abah ajak adik aku betulkan areal kt luar rumah..mmm..Berat gak areal tuh.. mm..Aku x msuk campur n aku sambung tdo...zzzzzz.
Aku tersedar dr tdo n aku dlm bilik terdengar abah batuk. Bilik aku bersebelahan dgn bilik abah n mama. Tapi aku x hiraukan sebab mmg biasa dengar abah batuk lama2. Tapi lepas tu aku dgr batuk abah makin kuat plak dan tak berenti-renti. Aku mula rasa lain macam. aku terus meluru ke bilik abah, aku nampak mama sedang tidur..yelah mama kan keje malam.. kebetulan plak malam tu mama x tidur langsung ada kes.
Aku kejut mama gitau abah batuk teruk.. Aku tgk abah dh sesak nafas.
Mama bgn dan pakaikan abah (oksigen).. tp benda tu x memberi kesan kpd abah.. Ya Allah kesiannye kt abah!. Abah terus dibawa ke hospital dan masuk ke bilik kecemasan.

Tengah hari
Tengah hari aku baru  dpt melihat abah, keadaan abah teruk dan susah bernafas. Aku menangis melihat abah. Adik aku Alif menyebut kalimah Allah dan abah mendengar dan menyebutnya..Alhamdulillah..Aku berasa lega kerana abah beransur baik selepas tu dan ditempatkan di wad biasa.

Malam
Kitorg pergi melawat abah. Abah sudah boleh senyum. Lega melihat abah semakin baik.

Selasa: 16 Disember 2008
Aku dikejutkan dengan panggilan telefon dri ayah su. Ayah su kata abah dah x bernafas. Aku dan suami bergegas ke hospital. Apabila aku sampi,  aku melihat abah..tp abah sudah kaku. Aku x dpt menahan kesedihan yg amat sgt....x sangka abah telah pergi..



Antara yg mengubat rindu kami terhadap abah:

Ni lah selipar terakhir arwah abah



Abah suka duduk di tempat ni sambil baca surat khabar dan majalah.. Abah, along rindu sgt2 kt abah..




Abah bersama abg.. ni adalah gambar hari raya pada tahun 2008 di terengganu. Time ni abah nk sgt bergambar satu family tp tak berkesempatan. Kesian kat abah. Abah nampak dh sangat kuruskan. 


Kereta abah




~Ya allah! tempatkanlah abahku dikalangan org2 yg beriman. Amin...~

1 comment: