Saturday, December 31, 2011

Nikon 1..nampak macam menarik!



Kamera Nikon 1 V1 terbaru merupakan pencabar DSLR kerana ia merupakan kamera teringan dan terkecil dengan lensa yang dapat diganti setanding dengan kamera kategori ‘pro’ seperti Olympus, Panasonic, Sony dan Samsung.

Jurugambar selebriti terkenal Nicky Johnston mengatakan, “kamera ini merevolusi kamera kompak dan saya tak perlu lagi membawa kelengkapan berat . Kualiti, rekabentuk, dan ukuran sensor kamera ini sangat menakjubkan”.



Nikon 1 Siri J1 kamera ni lebih kecil daripada Siri V1.


Nikon 1 Siri V1 ada elektronik viewfinder 1,440,000 dot dan mempunyai LCD 3inci yang menggunakan 921,000 dot. Maknanya imej yang akan kita lihat pada skrin lebih halus.




Kamera ini juga adalah kamera terkecil dengan lensa yang boleh diganti. Antara ciri-ciri menarik kamera ini ialah ia boleh mengambil 20 gambar sekaligus.
 
Nikon 1 J1 edisi khas warna pink :)

Alahai comel plak warna pink ni...
 
 
 
Selain itu, kamera ini memiliki auto-selects yang dipilih berdasarkan ekspresi wajah, komposisi dan fokus. Processor kamera ini juga jauh lebih cepat berbanding prosessor yang ada pada kebanyakkan DSLR.


Kamera ini juga dapat mengambil gambar dan juga video dalam waktu yang sama serta boleh digabungkan bagi membentuk imej bergerak.
 
 
 
           Pic from google..



p/s: Macam best je camera ni.  berkenan warna putih tu:-)  

Pulut durian kelantan



Lama dah tak makan pulut durian versi klate ni..
Makan dulu masa zaman budak-budak..

Kali ni makan lagi mak mertua buat..
nyum..nyum..sedap!


Kakakpun suke:-)

Jangan lupe letak gula skit..rase manis2 gtu!

Friday, December 30, 2011

MHI terakhir buat Wardina

 

 Hari ni adalah hari terakhir wardina bertugas di MHI..
Sedih jugak..sbb saya antara peminat dia:-(
Kureng semangat skit nak tengok MHI kalau Wardina dah takde..hukhuk..

Ape2pun..teruskan perjuangan anda walau dlm apa jua bidang sekalipun,
semoga bertambah hebat sbg wanita islam yg berkarisma,,,,,,,,,,,

Pagi ni mesti layan MHI !!