Monday, February 28, 2011

Hebatnya ciptaan Allah

Apabila lahirnya seorg bayi ke dunia, dia mesti menyesuaikan tubuh badannya dgn alam kehidupan yg baru. Makanan pertama yg akan diberikan kepada bayi adalah susu ibu..

Sungguh ajaib jika difikirkan proses pembentukan susu. Tiada kilang di dunia ini yg mempunyai teknologi canggih yg boleh memproses darah merah serta zat-zat makanan menjd susu putih.

Para saintis telah mencuba pelbagai kaedah utk menghasilkan satu formula nutrisi yg menyamai susu ibu tapi masih belum berjaya.

Ini kerana setiap ibu menghasilkan susu yg tidak sama antara satu sama lain kerana antibodi, hormon, vitamin-vitamin dan garam mineral di dlm setiap susu ibu.



~Tiada tandingannya~

Saturday, February 26, 2011

Petua hilang bau dlm peti ais




Petua ni dah lama mama aku amalkan..
cara nak hilangkan bau yg kurang enak tu adalah:

Ambil dlm 3/4 ketul kecil arang (terpulang pd korang nak letak berapa ketul jgn sampi peti penuh arang sudah.haha)

Letak arang tu dalam gelas plastik

Gelas yg letak arang td masuk ke bhgian bwh dalam peti ais..



SELAMAT MENCUBA!!

~InsyaAllah tak bau..setakat ni mmg tak bau la peti ais kat umah ni~

Friday, February 25, 2011

Makan bantal

korang jgn salah faham..bukan nak makan bantal..hehe
tapi istilah ni dirujuk kpd budak yg tak tumbuh rambut kt bhgian belakang biasanye la..
Aku pun tak tau istilah ni betul ke tak.. tp org2 tua suka kata gitu...
Itu tak penting..motif utamanya ialah aku nak tunjuk beberapa keping gambar kakak time die kecik2 dulu yang tak tumbuh rambut kat belakang..




kelakar rambut kakak


suke ye kakak!


Asal nak kuar je mesti nak pakaikan topi kat kakak sebab xder rambut kat blakang..




~Adik die hariz tak la ketara sgt macam kakak..~

Thursday, February 24, 2011

Hari Sukan Sekolah

Pagi tadi sudah berlangsung acara sukan kat sekolah...walaupun rumah aku dapat nombor 4, tapi kitorang tetap berpuas hati. Kitorg dah cuba dah yg mana mampu.Terima seadanya..
Tapi yg tak sangkanya..walaupun rumah aku dapat juara dari belakang(haha)..untuk olahragawan dan olahragawati dimenangi oleh rumah biru..best!!
Bersama kawan sekolah, kitorg sama-sama belajar di sek menengah dulu.. tak sangka plak jadi rakan sekerja skang:-)


Siap ade harimau lagi..mmg semangat!


Rumah merah..maskot ayam tak nmpak..

Rumah hijau stail Ali Baba


Rumah biru yg penuh semangat kesukanan..cewah puji lelebih plak!


sekian



~esok cuti..yahooo~

Wednesday, February 23, 2011

Persiapan sukan

Dua tiga minggu ni memang terasa penat skit.. lepas acara merentas desa, ada acara sukan plak. Macam biasa la setiap rumah masing2 akan menyiapkan perhiasan rumah, maskot dan dan mcm2 lg..Tahun lepas dan tahun ni masih lagi menjadi guru rumah biru..

Cikgu-cikgu rumah biru..

Tgh menyiapkan rama-rama, masih sempat posing. tq ye kawan2 yg sporting!!


Menyiapkan sepanduk


~balik rumah pukul 7 ptg td.. ponat~

Monday, February 21, 2011

Senyuman itu

Melihat senyuman itu terasa diri ini amat gembira dan tenang.. manis betul senyuman hero umi ni...Umi doakan agar niat umi untuk menyusukan hariz sehingga umur hariz 2 tahun berjaya..umi mahu hariz dapat yg terbaik..

Nampak umi je terus senyum hariz ni..


Membesarlah bagai juara ye hariz

Tau plak tu org nak ambil gambar die



~semoga semangat untuk menyusukan hariz terus membara~cewah..ayat

Sunday, February 20, 2011

Gud Luck Wan

Kitorg terpaksa ambil Cuti Rehat Khas hari jumaat lepas selepas dimaklumkan oleh adik yg dia tertinggal 1 dokumen penting untuk pergi interview kerja..So kitorg bergegas ke KL pagi jumaat tu untuk menghantar dokumen  kpd adik.
Wan..along tidak kisah itu semua, asalkan dapat melihat adik berjaya..Along doakan wan berjaya dan gembirakan hati mama...


 
Wan bersama Hariz



Wan, along masih ingat lagi yg abah beria sgt nak tgk wan pakai uniform pilot tu sebelum abah tiada. Abah siap suruh wan mms gambar lg ke handset abah sehari sebelum abah meninggal.Walaupun abah tidak sempat melihat wan berjaya menamatkan pengajian wan tapi sekurang-kurangnya abah bangga dengan wan..Walaupun abah telah tiada lagi di dunia ni, along harap wan tidak akan lupa dan abaikan mama..mama terlalu banyak berkorban untuk wan dan anak-anaknya yg lain. Jangan lupa ye wan..







~Abah sempat juga menatap wan berpakaian uniform lengkap sebelum abah menghembuskan nafasnye yg terakhir, rindunya kat abah..~

Sunday, February 13, 2011

Cloth Diapers utk anak2 umi

Ini dia hero umi yg memakai CD..hisap susu..nyum--nyum.

Kitorang  pakaikan CD kat anak2 start tahun lepas.. Nak jimat punya pasal..hee. zass tgk apa kelebihan pakai CD

Colth Diaper diperbuat daripada 100% Kain Cotton, ia mudah dicuci dan selamat serta jimat.
Kelebihan CD
  •  mengurangkan risiko ruam lampin dari 78% (kes ruam pada 1991) kepada 5% (kes ruam pada 1995).
  • jimatkan wang - Penggunaan lampin kain moden adalah menjimatkan wang dalam jangka masa panjang.
  • Mesra Alam - Daripada kajian, lampin pakai buang menyumbang sebagai sampah ketiga terbesar dunia dan ianya mengamil masa sehingga 500 tahun untuk mereput.
  • Latihan buang air sendiri - Menurut kajian dalam Wall Street Journak, 4 May 2000, pemakaian lampin pakai buang telah menyebabkan bayi lewat belajar membuang air sendiri 6 bulan dari yang sepatutnya.
  • AntiBakteria secara semulajadi - fabric buluh secara semulajadinya mempunyai elemen yang menentang pembiakan bakteria.
  • Fabrik buluh menyerap lebih 60% banyak daripada fabric kapas dari kuantity yang sama.
  • Fabrik buluh juga dapat melundungi dari sinar Ultra Violet (UV), tahan lasak dan mewah untuk bayi.
  • Penyelenggaraan yang mudah - ianya boleh dibasuh dan dikeringkan dalam mesin basuh.

Apa yang ada dalam Lampin Pakai Buang yang penggunaanya sangat meluas ketika ini? Antaranya seperti:
  • Diaoxin - Sejenis bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser, kecacatan kelahiran, kerosakan limpa, penyakit kulit dan kerosakan genetik. Bahan ini disenaraikan oleh EPA sebagai bahan yang mempunyai banyak toksik (beracun). Diaoxin diharamkan di banyak negara, tetapi tidak di USA (Syarikat pengeluar Disposable Diaper utama dunia).
  • Tributyl-Tin (TBT) - Boleh menyebabkan masalah hormon yang serius kepada manusia dan haiwan. Ia boleh merebak melalui kulit walaupun dalam kuantiti yang kecil.
  • Sodium Polyacrylate - Boleh dilihat sebagai sejenis gel. Juga merupakan sejenis bahan yang banyak toksik (beracun). Polimer ini menyebabkan alergi teruk seperti muntah, infection dan demam. 

CD untuk kakak..saiz lebih besar utk berat sehingga 18kg:-)
Hariz dlm pantang pakai lampin pakai buang.. kitorg pakaikan jugak tapi jarang2la..


~memikirkan anak dah dua kena berjimat cermat..hee~

    Saturday, February 12, 2011

    Kebaikan Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif

    Nak share dengan korang semua:

    Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir hingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun.

    Satu kajian oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mendapati penyusuan susu ibu boleh:

    • Mengurangkan kematian bayi akibat cirit birit. Kematian bayi yang diberi susu ibu adalah 7 kali lebih rendah daripada bayi yang diberi susu botol.
    • Mengelakkan bayi dari kekurangan zat besi.
    • Menghindarkan jangkitan penyakit perut pada bayi.
    • Merangsang pertumbuhan bayi yang stabil.
    • Membantu menurunkan berat badan ibu.(suka!!!)
    • Mengurangkan risiko barah payudara dan barah ovari pada ibu.
    • Meningkatkan kecerdikan bayi kepada 3-5 kali ganda lebih pintar berbanding dengan susu lain.


    Info ni aku ambil dari Unit Pemakanan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang. Maklum la mama aku kan kerja bahagian ni..Semoga kita sama-sama menyokong penyusuan susu ibu!

    Ini dia budak susu ibu!
    Penyusuan susu ibu memang byk dugaan dan cabaran, yg penting kita kena tekad dan berusaha demi yg terbaik untuk anak kita.

    Juga sokongan org sekeliling memang amat-amat membantu. Aku dulu mama dan suami aku memang memberi sokongan yg kuat untuk aku meneruskan penyusuan susu ibu.


    ~Terima kasih mama dan abang diatas sokongan yang tidak ternilai itu...~

    Aktiviti kakak

    Biasa petang2 kakak suka main basikal dgn ciksu die..Sekali sekala kitorang ada bawa kakak ke taman permainan.. Suka  sgt die kalau kita cakap nak bawa ke taman. Turut serta sekali adik bongsu aku, ciksu. Ciksu la yang suka melayan kakak ni..

    Cik su dengan kakak  
    kelakar tengok rambut kakak time ni..rambut belah kanan terpacak! hehe

    Seronok tgk kakak main..


     ~umi n abah tgk je lah dari jauh, nak main pun dah terlebih umur!haha~

    Friday, February 11, 2011

    Katakan tidak pada junk food

    Entry kali ni lebih kepada pesanan untuk mak ayah termasukla diri eden sendiri sndiri.. haha! Junk food atau lebih dikenali sebagai makanan ringan. Ada antara kita ni panggil jajan.. Ada gak yang panggil cekedis kan..


     Kenapa perlu dielakkan kepada anak-anak kita?

      * Tidak mempunyai khasiat langsung. Banyak pewarna dan perisa tiruan. 
      *Kandungan MSG yg terlalu tinggi.

    Dalam MSG ni ada glutamat. Glutamat ni kalau diambil dalam kuantiti yg byk dan kerap boleh membunuh   sel-sel otak. oh tidak! kesian kat anak-anak kita. Pakar pemakanan dari seluruh dunia juga telah bersetuju bahawa bahan pengawet dan MSG boleh mempengaruhi perkembangan minda dan fizikal.

    Kita leh gantikan dgn makanan ringan yg sihat. Contohnya, buah-buahan, kekacang, badam, kismis, yogurt dan sbginya.

    Jadi kita sebagai ibu bapa, kasihanilah anak-anak kita. Kalau nak makan sgt pun.. sorok2 skit jgn bg anak  kita nmpak. heehee..(akulah tu)





    ~Info ni diambil dari buku wardina safiyyah. "Mama, saya lapar.." Best sgt buku ni ~

    Wednesday, February 9, 2011

    Beg baru:-)

    Kakak nak masuk taski, umi n abah ade la beli beg kat kakak..
    Beli beg tu murah je..harga dalam belas2 ringgit..
    x sampai sebulan zip dah rosak.. mm..konon nak beli murah2 je nak jimat duit...lain plak jadinya.
    last2 pakai kejap dah rosak.mmm:-(
    so untuk kali kedua ni kitorang beli la yang elok skit..
    Harganye bolehla tahan..xder la mahal sangat. tapi rasenye dah berkualiti skit dari beg sebelum ni.. harap tahan lama....


    Hari ni balik awal g bayar yuran taski kakak untuk 2 bulan terus..nak bayar untuk setahun tak mampu lagi..huhu..

    ~Kakak semangat nak pergi sekolah dengan beg baru~

    Tuesday, February 8, 2011

    Sepupu kakak

    Ni adalah anak kepada abg ipar aku yang menetap di Sri Gombak..kalau kitorg pergi KL, rumah diorg lah yang jadi persinggahan..

    Kakak ni memang jenis yang cepat mesra tak kira dgn sesiapa

    Kakak dengan Boboy n Ikin

    Boboy nak pegang tangan kakak tapi kakak macam buat tak faham je:-P


    ~Besar dah anak dara umi&abah ni~

    Sunday, February 6, 2011

    Wajah baru kakak


    Pagi tadi kitorg potong rambut kakak. 
    Sayang sebenarnya nak potong..huhu



    Ni rambut kakak sebelum dipotong


    Potong lagi supaya tak kena mata..senang skit umi nak urus rambut kakak


    ~takper..rambut leh tumbuh balik..ngee~

    Saturday, February 5, 2011

    Bekal susu utk pengasuh Hariz

    Antara barang yang aku akan bekal kepada pengasuh setiap hari bekerja ialah cooler bag. Cooler bag ni digunakan untuk menyimpan stok-stok susuyg diperah supaya dapat menjamin kualiti dan ketahanan susu ibu.

    Kenapa pakai cooler bag sedangkan rumah pengasuhpun ada peti sejuk? 
    Takut pengasuh lupa nak simpan terus stok susu dalam peti. Baik aku beringat awal2..Yelah, pengasuh pun ade jaga budak lain gak. Selain tu untuk kemudahan pengasuh gak..tak payah die susah-susah bangun nak g amik stok susu kat peti sejuk..hee.. bleh gtu?

    Ice pack yg aku aku pakai untuk diletak dalam cooler bag

    Susu aku akan letak siap2 dalam botol

    Termos
    Mama aku syorkan aku bekalkan sekali termos ni untuk pengasuh. Macam biasa lah untuk kemudahan die gak. Air panas aku akan isi petang/malam tu. tp tak bleh isi lewat malam sgt..takut air terlalu panas dan akan merosakkan enzim susu.  tu mama aku cakap...tq mama. cadangan yg sgt bernas! hehe



    ~Demi yg terbaik buat anak2 sanggup je:)~

    Friday, February 4, 2011

    Ibu@Umi kakak

    Dulu masa menetap di Pandan Indah..Time kerja, kakak akan dihantar kerumah pengasuh. Kitorg ajar kakak panggil ibu tapi kakak tetap gak panggil umi sebab anak2 die panggil umi n kakak pun terikut same panggil umi.


    Kakak ingat lagi tak??




    Tembamnye kakak time ni kan..



    Kakak bersama abah@suami kak lela



    Anak2 pengasuh yg pakai tudung warna merah dan hitam



    Hati ni teringin sgt nk bwk kakak jumpa smula ngn pengasuh die dulu:-(  

    ~Pengasuh kakak juga telah berpindah ke Kedah pada thn yg same kitorg berpindah~