Sunday, February 13, 2011

Cloth Diapers utk anak2 umi

Ini dia hero umi yg memakai CD..hisap susu..nyum--nyum.

Kitorang  pakaikan CD kat anak2 start tahun lepas.. Nak jimat punya pasal..hee. zass tgk apa kelebihan pakai CD

Colth Diaper diperbuat daripada 100% Kain Cotton, ia mudah dicuci dan selamat serta jimat.
Kelebihan CD
  •  mengurangkan risiko ruam lampin dari 78% (kes ruam pada 1991) kepada 5% (kes ruam pada 1995).
  • jimatkan wang - Penggunaan lampin kain moden adalah menjimatkan wang dalam jangka masa panjang.
  • Mesra Alam - Daripada kajian, lampin pakai buang menyumbang sebagai sampah ketiga terbesar dunia dan ianya mengamil masa sehingga 500 tahun untuk mereput.
  • Latihan buang air sendiri - Menurut kajian dalam Wall Street Journak, 4 May 2000, pemakaian lampin pakai buang telah menyebabkan bayi lewat belajar membuang air sendiri 6 bulan dari yang sepatutnya.
  • AntiBakteria secara semulajadi - fabric buluh secara semulajadinya mempunyai elemen yang menentang pembiakan bakteria.
  • Fabrik buluh menyerap lebih 60% banyak daripada fabric kapas dari kuantity yang sama.
  • Fabrik buluh juga dapat melundungi dari sinar Ultra Violet (UV), tahan lasak dan mewah untuk bayi.
  • Penyelenggaraan yang mudah - ianya boleh dibasuh dan dikeringkan dalam mesin basuh.

Apa yang ada dalam Lampin Pakai Buang yang penggunaanya sangat meluas ketika ini? Antaranya seperti:
  • Diaoxin - Sejenis bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser, kecacatan kelahiran, kerosakan limpa, penyakit kulit dan kerosakan genetik. Bahan ini disenaraikan oleh EPA sebagai bahan yang mempunyai banyak toksik (beracun). Diaoxin diharamkan di banyak negara, tetapi tidak di USA (Syarikat pengeluar Disposable Diaper utama dunia).
  • Tributyl-Tin (TBT) - Boleh menyebabkan masalah hormon yang serius kepada manusia dan haiwan. Ia boleh merebak melalui kulit walaupun dalam kuantiti yang kecil.
  • Sodium Polyacrylate - Boleh dilihat sebagai sejenis gel. Juga merupakan sejenis bahan yang banyak toksik (beracun). Polimer ini menyebabkan alergi teruk seperti muntah, infection dan demam. 

CD untuk kakak..saiz lebih besar utk berat sehingga 18kg:-)
Hariz dlm pantang pakai lampin pakai buang.. kitorg pakaikan jugak tapi jarang2la..


~memikirkan anak dah dua kena berjimat cermat..hee~

    No comments:

    Post a Comment