Saturday, February 12, 2011

Kebaikan Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif

Nak share dengan korang semua:

Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir hingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun.

Satu kajian oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mendapati penyusuan susu ibu boleh:

  • Mengurangkan kematian bayi akibat cirit birit. Kematian bayi yang diberi susu ibu adalah 7 kali lebih rendah daripada bayi yang diberi susu botol.
  • Mengelakkan bayi dari kekurangan zat besi.
  • Menghindarkan jangkitan penyakit perut pada bayi.
  • Merangsang pertumbuhan bayi yang stabil.
  • Membantu menurunkan berat badan ibu.(suka!!!)
  • Mengurangkan risiko barah payudara dan barah ovari pada ibu.
  • Meningkatkan kecerdikan bayi kepada 3-5 kali ganda lebih pintar berbanding dengan susu lain.


Info ni aku ambil dari Unit Pemakanan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang. Maklum la mama aku kan kerja bahagian ni..Semoga kita sama-sama menyokong penyusuan susu ibu!

Ini dia budak susu ibu!
Penyusuan susu ibu memang byk dugaan dan cabaran, yg penting kita kena tekad dan berusaha demi yg terbaik untuk anak kita.

Juga sokongan org sekeliling memang amat-amat membantu. Aku dulu mama dan suami aku memang memberi sokongan yg kuat untuk aku meneruskan penyusuan susu ibu.


~Terima kasih mama dan abang diatas sokongan yang tidak ternilai itu...~

No comments:

Post a Comment