Sunday, July 31, 2011

Tip menjadi ibu bapa terbaik


Mulakan hari anak kita dgn mmberikan nama panggilan yang baik.
Nama yg tidak baik membuatkan anak malu pada rakan.

Memberi anak pelukan setiap hari. Anak-anak yg dipeluk setiap hari mempunyai tahap IQ yg tinggi.
pandang ke arah anak dgn penuh kasih syg. Cara ini membuat anak lebih yakin.

Berilah pujian setiap kali anak melakukan kebaikan dan berikan sebab mengapa mereka dimarahi ketika mereka mmbuat kesalahan.

Luangkan masa mendengar cerita anak kerana cerita itu tidak mampu kita dengari pada lain masa.

Menenangkan anak ketika mereka memerlukan.


Memberi ciuman selamat malam kpd anak-anak sebelum anak-anak masuk tidur.

Menerima hakikat bahawa kadang kala kita bukanlah ibu bapa yg sempurna. Cara ini dpt mengurangkan stres sebagai ibu bapa.




Rujukan: Majalah PA&MA

Wednesday, July 27, 2011

Sudah setahun Hariz menyusu dengan susu ibu


Ya..sudah setahun hariz menyusu dengan susu ibu. Rase macam tidak percaya pun ya..

Bangga gak sebab berjaya juga aku menyusukan hariz dengan susu ibu sepenuhnya..
Syukur alhamdulillah..

Makin lama penghasilan susu kita akan makin berkurangan..(betulkan kalau salah)

Sebelum ini stok susu hariz sangat la sedikit dalam 5/6 botol je..

Tapi memandangkan aku akan meninggalkan lagi anak untuk kelas tutorial, stok susu itu harus ditambah lagi..
Risau tidak cukup untuk hariz





Gambar di atas adalah stok susu hariz sekarang.
Gigih bangun tengah malam pam untuk menambahkan stok susu.

InsyaAllah selagi kudrat ini masih ada..
Susu ibu akan menjadi pilihan buat anakku..

Monday, July 25, 2011

Hariz hampir 12 bulan



Pada usia 12 bulan anak suka:
1.Menguasai pergerakan baru (spt Hariz yg suke menggeleng-gelangkan kepalanya.)
2.Seronok mendengar bunyi bising yang terhasil daripada bunyi buatannya sendiri spt brg yg di ketuk2 di   permukaan meja dan sebagainya.
3.Cuba naik pada permukaan-permukaan yang agak tinggi.


Hariz ikut study dgn uminya...:

Oleh kerana itu berikan anak anda:
1.Pujian untuk pelbagai kebolehannya dan ucapan penghargaan kepadanya.
2.Kasih sayang namun menunjukkan sifat formal.
3.Memberi permainan yang boleh ditarik.
4.Selang-selikan dalam permainan anak dengan alunan ayat al-quran.
5.Tanamkan sedikit demi sedikit ketauhidan sesuai dengan kemampuannya

Kredit~http://abimkotatinggi.blogspot.com/

Friday, July 22, 2011

Aktiviti 22 Julai 11

Esok dan lusa cuti...siapa x suka cuti kan..
Tadi balik dari sekolah tengok kakak tido dgn anak patung..
Tau-tau la kakak ni dulu mane minat main dgn mainan camni..
Nanti kakak mintak abah belikan barbie sekor k...heheh.
Eh! mak ke anak mintak ni..ekeke


sweetnye!! cube tgk kakak..tdo mmg kena pakai cd (cloth diapers) kalau x abisla terkenc......



Petang plak hariz dibawa bersiar2 dpn rumah oleh ciksu ..aku hanya menumpang bergambar:-)


Kakak tgh mewarna..tgk kat blakang plak si lemak susu a.k.a hariz merangkak hala ke dapur.
Kemudian hariz patah blk teraburkan colour pensel kakak..
tu la kakak..x nak buat kerja atas meja..

Sejak adik aku training kat dublin ireland..boleh dikata setiap malam gak la mama dgn adik akan buat video call melalui facebook. benda free nak ckp brape jam pun bleh..takyah nk pakai henpon bagai..
aku plak jakun tanye soalan sejuk ke tak kt sana..heheh..

Wednesday, July 20, 2011

Breastfeed Pun Asyik Sakit Ke??



Untuk mommies yang fully breastfeed pernah tak kena perli masa baby jatuh sakit? Saya ada experience tu!!! Hiks! Senang cerita la kan, baby yang exclusive bf ni pun manusia juga. Mana ada manusia yang tak kena demam atau selsema/batuk sesekali sekala. Biasa la baby kena demam tu dia nak bina antibody dia sendiri. Secara umumnya, penyusuan susu ibu akan mengurangkan risiko terhadap pelbagai penyakit kanak-kanak. Itu adalah kenyataan dari WHO yang telah membuat kajian ke atas berpuluh ribu kanak-kanak di seluruh dunia. Fakta ok bukan auta.

Fakta yang anda perlu tahu
- Demam sebenarnya menandakan badan kanak-kanak melawan jangkitan atau keradangan
yang disebabkan bakteria atau virus.
- Apabila demam, sel darah putih pesakit akan cuba melawan bakteria atau virus dengan
mengeluarkan bahan kimia yang menaikkan suhu badan. Peningkatan suhu badan
sebenarnya cara membunuh kuman.
- Suhu badan tinggi masih tidak dianggap demam hinggalah ia mencecah 37.5 darjah 
Celsius atau lebih tinggi. Suhu badan yang normal ialah 37 darjah.
- Demam tinggi tidak semestinya menandakan keseriusan penyakit.
- Demam dialami kanak-kanak sihat yang sembuh dalam tiga atau empat hari tidak harus
menimbulkan kebimbangan.

Macam-macam sebab lagi yang mempengaruhi kesihatan contohnya faktor persekitaran (kawasan berhabuk, dikelilingi perokok, pencemaran alam sekitar dll) , faktor keturunan (penyakit lelah, eczema dll), keadaan bayi itu sendiri (umur bayi ketika lahir -seperti bayi pra matang) akan memberi pengaruh yang berbeza-beza terhadap tahap kesihatan bayi tersebut.

Keadaan yang ideal untuk mendapat khasiat sepenuhnya dalam penyusuan susu ibu mungkin boleh dijadikan iktibar dari sirah Rasulullah di mana Baginda telah disusukan dengan susu ibu (oleh Halimatun Saadiah) di dalam persekitaran luar bandar yang penduduknya menghirup udara segar di sana. Itu yang ideal. Jika kita bayangkan, bayi yang membesar dalam keadaan begini tentu mendapat perlindungan yang sempurna. ZAman sekarang ni dengan jerebu la, cuaca panas yang tak menentu la memang susah nak cakaplah.

Walau bagaimanapun, realitinya, keadaan kehidupan kita pada hari ini, kebanyakan ibu keluar bekerja dan anak-anak dijaga oleh pusat asuhan atau baby sitter. Baby yg duduk nursery, memang orang kata 'wajib' la kena demam dan selsema. Persekitaran begini memang memberi cabaran yang lebih terhadap anak tersebut. Tak perlu pertikai kenapa breasfeed baby tetap jatuh sakit sebab itu dah fitrah manusia. Yang penting, anak-anak kita dapat zat + nutrien dari air susu kita. Sehebat mana formula milk tu dipromote, ianya masih tak dapat menyamai segala zat yg ada dalam susu ibu. Anak yg menyusu bukanlah imun giller sampai tak sakit ingat robot ke tak sakit. Biasala kalau duduk nursery ni, jangkitan macam-macam.  Lagipun baby biasala demam, selesema tu supaya imunnya lebih terbina.

Pernah ada orang kata "minum susu ibu pun demam?' ada jugak orang kata "susu awak tak berkualiti kot'...Terusik juga hati ini tapi ada aku kisah pekakkan jelah telinga . Walaupun fully bf baby tetap demam,batuk & selsema. Itu dugaan buat mommies, Takkan nak salahkan susu pula kot. Tak sesuwai tau.

So jangan mommies yang fully BF kecewa jika masih terpaksa masuk keluar hospital walaupun telah memberi susu ibu kepada anak tersebut. Ini kerana andainya anak itu tidak mendapat perlindungan susu ibu, mungkin keadaannya boleh jadi lebih teruk dari yang dialaminya. Selain dari itu, dari hari ke hari sistem pertahanan bayi telah semakin matang (biasanya sekitar umur bayi 2 tahun), tubuhnya akan menjadi lebih kuat melawan pelbagai serangan penyakit. Sebab itu, penyusuan susu ibu disarankan diteruskan sehingga bayi mencecah 2 tahun atau lebih.

Dan yang nyatanya penyakit itu sendiri datangnya dari Allah SWT. Kita hanya mampu berusaha, yang menentukannya adalah Allah. Setelah habis usaha, berdoalah agar kita sekeluarga beroleh kesihatan dan dijauhkan dari segala penyakit yang merbahaya. 

Terima kasih akma sbb bagi bg saye copy entry ni..
Ni blog beliau :-)

Saturday, July 16, 2011

~Baby gempal sebab susu ibu ye~

Ada terbaca dalam buku baby yg menyusu ibu sepenuhnya kelihatan gempal kerana kerap menyusu waktu malam

Baby yg saiz die kecil skit yg kerap menyusu siang hari dan kurang pd malam hari..

Ini kerana pada waktu malam susu kite lebih berlemak..

Hariz sudah hampir setahun menyusu dgn susu ibu sepenuhnya..:-)


kakak plak 6 bulan pertama dgn susu ibu..tak tahan tgk gmbar ni..kakak  masuk bwh kerusi nangis tak leh kuar..haha

Rindu abah

kadangkala hati ni rase rindu sgt dgn abah..
teringat je kat abah mata ni terus je bergenang..

Ya Allah rindunya kat abah..
along rindu suara abah..
along rindu gelak tawa abah..
along rindu nak sentuh tgn abah..nak bersalaman dgn abah..

Mama n adik g haji thn lepas..sepatutnya arwah abah pergi tp Allah lebih menyayanginya..

abah..
abah adalah org sentiasa dihati kami..
tiada penggantinya..

Tuesday, July 12, 2011

Adapter utk Spectra di dalam kereta

Sekarang senang dah ada butik fabulous mom kat kuantan.
Senang skit nak cari gajet penyusuan kat sini.

Lain la kalau duk kat KL yg sememangnye semua ada..
Masa otw dr Lipis ke muadzam  minggu yg lepas, ngadu gak kt suami lenguh tgn pakai pam manual ni..

Gtau die nk beli benda alah ni..suami ok je..hee
Jauh tu amik masa dlm 4 jam gak la perjalanan.
Kerja megepam mesti diteruskan..

Akhirnya berjaya gak  beli adaptor spectra..maklumkan spectra kan pakai elektrik sepenuhnya.
Maknanya skang aku leh pakai pam spectra3 dlm kereta dgn tenang..heee


Korang boleh rujuk sini untuk info lanjut pasal adaptor ni k..

Monday, July 11, 2011

Segalanye demi anak-anak



Hari ni baru lah dpt ke sekolah seperti biasa.
Tapi hati masih lagi risau sebab hariz belum pulih sepenuhnye..
Time die batuk bunyi kahak macam pekat je kt dalam.
Tak ceria hidup tanpa kalian berdua..
Kamu berdua membuat umi belajar byk perkara..

Sunday, July 10, 2011

Untuk hariz


Ada beberapa barang yang kitorg baru beli. Semuanya utk hariz n kemudahan bersama.
Hariz dah kuar wad hari ni setelah hampir seminggu kt sana..
Alhamdulillah..

Friday, July 8, 2011

Hariz:-(


Hai..
Tak tau nk buat tajuk ape entry ni sebenarnya. buntu~
Buntu rase sekarang selagi hariz tak kuar wad lagi.
Dengan kerja yang semakin menimbun tinggi..huhu


Pergi sekolah tak leh fokus.. Rase tak bleh nak buat kerja.
Hariz kat wad die memang lasak. nampak macam orang tak sakit.
Tapi hariz masih lagi memerlukan bantuan oksigen.



Cepat2 la sembuh ye sayang..
Umi rindu nak tgk syg sihat seperti biasa..
Tak suke tgk syg nangis2 lagi..
Hariz anak umi yang kuatkan..

Wednesday, July 6, 2011

Hariz warded lagi..

Assalamualaikum...

Lama x menjenguk blog ni...rindu nk berblog macam dulu.
Tapi keadaan tidak mengizinkan.
Sabtu lepas telah bermula kelas yg pertama.
ade bbrp kerja yg perlu disiapkan sebelum bermula kelas yg yg ke dua iaitu 30Julai ni.

Isnin plak pukul 2am(4julai) hariz masuk wad lagik..:-(
puncanya sama mcm dlu gak. pilu sgt tgk hariz berkeadaan mcm ni..
Ya allah smoga hariz cpt sembuh.

Dah 2 hari tak g kerja..baru hari ni g kerja. mintak maid tolg jaga hariz utk hari ni n esok..

Ya Allah, kau berilah kesihatan yang baik buat anak-anakku....