Wednesday, July 20, 2011

Breastfeed Pun Asyik Sakit Ke??



Untuk mommies yang fully breastfeed pernah tak kena perli masa baby jatuh sakit? Saya ada experience tu!!! Hiks! Senang cerita la kan, baby yang exclusive bf ni pun manusia juga. Mana ada manusia yang tak kena demam atau selsema/batuk sesekali sekala. Biasa la baby kena demam tu dia nak bina antibody dia sendiri. Secara umumnya, penyusuan susu ibu akan mengurangkan risiko terhadap pelbagai penyakit kanak-kanak. Itu adalah kenyataan dari WHO yang telah membuat kajian ke atas berpuluh ribu kanak-kanak di seluruh dunia. Fakta ok bukan auta.

Fakta yang anda perlu tahu
- Demam sebenarnya menandakan badan kanak-kanak melawan jangkitan atau keradangan
yang disebabkan bakteria atau virus.
- Apabila demam, sel darah putih pesakit akan cuba melawan bakteria atau virus dengan
mengeluarkan bahan kimia yang menaikkan suhu badan. Peningkatan suhu badan
sebenarnya cara membunuh kuman.
- Suhu badan tinggi masih tidak dianggap demam hinggalah ia mencecah 37.5 darjah 
Celsius atau lebih tinggi. Suhu badan yang normal ialah 37 darjah.
- Demam tinggi tidak semestinya menandakan keseriusan penyakit.
- Demam dialami kanak-kanak sihat yang sembuh dalam tiga atau empat hari tidak harus
menimbulkan kebimbangan.

Macam-macam sebab lagi yang mempengaruhi kesihatan contohnya faktor persekitaran (kawasan berhabuk, dikelilingi perokok, pencemaran alam sekitar dll) , faktor keturunan (penyakit lelah, eczema dll), keadaan bayi itu sendiri (umur bayi ketika lahir -seperti bayi pra matang) akan memberi pengaruh yang berbeza-beza terhadap tahap kesihatan bayi tersebut.

Keadaan yang ideal untuk mendapat khasiat sepenuhnya dalam penyusuan susu ibu mungkin boleh dijadikan iktibar dari sirah Rasulullah di mana Baginda telah disusukan dengan susu ibu (oleh Halimatun Saadiah) di dalam persekitaran luar bandar yang penduduknya menghirup udara segar di sana. Itu yang ideal. Jika kita bayangkan, bayi yang membesar dalam keadaan begini tentu mendapat perlindungan yang sempurna. ZAman sekarang ni dengan jerebu la, cuaca panas yang tak menentu la memang susah nak cakaplah.

Walau bagaimanapun, realitinya, keadaan kehidupan kita pada hari ini, kebanyakan ibu keluar bekerja dan anak-anak dijaga oleh pusat asuhan atau baby sitter. Baby yg duduk nursery, memang orang kata 'wajib' la kena demam dan selsema. Persekitaran begini memang memberi cabaran yang lebih terhadap anak tersebut. Tak perlu pertikai kenapa breasfeed baby tetap jatuh sakit sebab itu dah fitrah manusia. Yang penting, anak-anak kita dapat zat + nutrien dari air susu kita. Sehebat mana formula milk tu dipromote, ianya masih tak dapat menyamai segala zat yg ada dalam susu ibu. Anak yg menyusu bukanlah imun giller sampai tak sakit ingat robot ke tak sakit. Biasala kalau duduk nursery ni, jangkitan macam-macam.  Lagipun baby biasala demam, selesema tu supaya imunnya lebih terbina.

Pernah ada orang kata "minum susu ibu pun demam?' ada jugak orang kata "susu awak tak berkualiti kot'...Terusik juga hati ini tapi ada aku kisah pekakkan jelah telinga . Walaupun fully bf baby tetap demam,batuk & selsema. Itu dugaan buat mommies, Takkan nak salahkan susu pula kot. Tak sesuwai tau.

So jangan mommies yang fully BF kecewa jika masih terpaksa masuk keluar hospital walaupun telah memberi susu ibu kepada anak tersebut. Ini kerana andainya anak itu tidak mendapat perlindungan susu ibu, mungkin keadaannya boleh jadi lebih teruk dari yang dialaminya. Selain dari itu, dari hari ke hari sistem pertahanan bayi telah semakin matang (biasanya sekitar umur bayi 2 tahun), tubuhnya akan menjadi lebih kuat melawan pelbagai serangan penyakit. Sebab itu, penyusuan susu ibu disarankan diteruskan sehingga bayi mencecah 2 tahun atau lebih.

Dan yang nyatanya penyakit itu sendiri datangnya dari Allah SWT. Kita hanya mampu berusaha, yang menentukannya adalah Allah. Setelah habis usaha, berdoalah agar kita sekeluarga beroleh kesihatan dan dijauhkan dari segala penyakit yang merbahaya. 

Terima kasih akma sbb bagi bg saye copy entry ni..
Ni blog beliau :-)

4 comments:

  1. so far x pernah lg kena perli anak sakit selalu even bf. alhamdulillah, anak ana jarang sakit.

    tp kalau ana berada di situasi kena sindir mcm tu, berapi jugak rs nya....benda2 ni semua dr Allah. kita ni sapa la nak melawan takdir nya...

    ReplyDelete
  2. ye la kak..say pon penah kene perl...xpe..ape yg penting kita teruskan je penyusuan kita ni..

    ReplyDelete
  3. usah dilayan....selama ni kalau org ckp benda tak betul pasal bf pun, akak senyum2 je...bleh explain, tapi sikit2 je takut depa ingat kita fanatik sgt...huhu sdgkan mmg fanatik pun

    ReplyDelete