Saturday, August 27, 2011

Salam Aidilfitri


Gambar raya tahun 2009

Saya dengan rendah hati ingin menyusun 10 jari memohon maaf kepada semua muslimin muslimat. Dihari kemenangan dan kegembiraan ini marilah kita saling berkenalan, bermaafan dan istiqamah dalam perjuangan.

Setelah Nabi saw berhijrah ke Madinah, Baginda saw mendapati penduduknya menjadikan 2 hari tertentu sebagai hari kebesaran, lalu bertanya,

“Hari apa ini?”. Mereka menjawab, “Kami bergembira di dalamnya sejak zaman Jahiliyah lagi”.

Lalu Nabi saw bersabda,
“Sesungguhnya Allah telah mengantikan 2 hari tersebut bagi kamu dengan 2 hari yang lebih baik iaitu Hari (Raya Aidil) Adha dan Hari (Raya Aidil) Fitri” (riwayat Abu Daud).




Wednesday, August 24, 2011

Seronoknya kahwin

Assalamualaikum...
 
Jom layan betapa bestnye org yg sudah berkahwin...

1) Ada teman yang halal untuk melakukan segala-galanya; makan, tidur, berjalan-jalan, tengok wayang, shopping dan sebagainya. Apabila berjalan pegang tangan, terus dapat pahala dari Allah. Kalau tidak berkahwin, dapat dosa pula.

2) Adanya orang yang sentiasa bersama waktu senang, susah, kacak, selekeh (bangun tidur especially), kaya, pokai, gembira, duka dan sebagainya.

3) Ada isteri/suami yang akan mengimbangi kekurangan diri kita, seterusnya melengkapkan diri kita untuk menjadi seorang yang hebat. Suami isteri yang bersikap bertentangan adalah yang terbaik. Contoh, apabila seorang suami mudah marah, selalunya akan dapat isteri yang sabar. Dalam masa yang sama suami juga akan belajar/berjangkit sifat sabar.

4) Akan mengalami kebahagiaan yang hanya orang berkahwin sahaja alami. Jika anda rasa bercinta itu bahagia, berkahwin adalah 10 kali ganda bahagia. Percayalah!

5) Boleh berjimat duit dan mampu mengumpul harta. Jika bercinta, kos hidup menjadi dua kali ganda (sewa rumah, telefon, bil, makan). Kajian menunjukkan pasangan berkahwin lebih banyak memiliki harta berbanding mereka yang tidak berkahwin.

6) Dapat zuriat. Jika berkahwin adalah 10 kali ganda bahagia daripada bercinta, memiliki seorang anak pula akan memberi lebih lagi kebahagiaan kepada kita. Hanya orang yang mempunyai anak sahaja yang tahu. (Anak kucing, anak hamster atau anak tekak tidak termasuk ya..)

7) Kita akan dapat kepastian yang tidak berbelah bahagi tentang kasih sayang dan kesetiaan suami/isteri kita. Kalau bercinta, masih tidak pasti dia betul-betul setia selagi dia tidak mengahwini kita.

8) Kita akan dapat satu perkara paling best iaitu PELUKAN dan CIUMAN. Dua perkara ini adalah satu anugerah untuk orang yang berkahwin. Melaluinya jiwa kita akan sangat tenang dan gembira, malah jika selalu diamalkan akan menjadi awet muda dan berseri-seri!

9) Faktor yang terpenting adalah untuk mencari keredaan Allah dan mengelak daripada melakukan maksiat.




Tuesday, August 23, 2011

Suhu air suam untuk panaskan susu ibu




Antara info menarik ialah tentang suhu air utk panaskan susu ibu.
Ramai org tau jgn panaskan dengan air mendidih, hanya air suam..tapi tak ramai yg tau berapa suhu sebenar air tersebut. Dan yg pasti “suam” bg setiap org mungkin tak sama.
So, nak senang begini formulanya:

Air suam = 1 cawan air mendidih + 2 cawan air biasa

Lepas ni harap kita sume tak buat silap yg bole dielakkan. Hepi sharing!

sumber
http://www.azyanmasiron.net/

Sunday, August 21, 2011

Pizza buat sendiri

Antara menu yg suami suka adalah pizza..
Sekarang dah pandai buat pizza sendiri...sgt suka ok sebab senang je buatnye:-)
resepi ni aku belajar daripada makcik aku..Bab masak ni die mmg terer!


Ni lah antara bahan-bahan yg perlu ada..
Beli roti pizza kosong tu..Beli yg memang dah siap.
Kat kedai bakeri biasa ada roti ni..
Adunan atas pizza buat sendiri..murah je roti pizza die..rm1 je sekeping..



Minta tolong kakak sapu sos tomato atas pizza:-)


lepas sapu tomato..letak bahan2 lain..sosej+daging kisar. Bahan ni ditumis dulu dan dan dicampur dg sos tomato.
Gambar kat atas ni belum campur  lg parutan Keju Cheddar & Mozarella.
Parutan Keju Cheddar & Mozarella ni yang buat pizza ni macam bergetah..
Mama aku mula2 tu memang tak makan sebab tengok bergetah gtu..hehe..
Tapi bila dah buat byk hari akhirnya mama merasa gak:-)

Ini hasilnya..
Alhamdulillah dgn rezeki yang Allah bagi..
Minta maaf tak sempat nak cerita detail bahan2 yg digunakan..
Korang boleh google resepi buat pizza ni k..

Saturday, August 6, 2011

Cara menyimpan susu perahan


  • Bekas simpan susu mesti bersih dan steril
  • simpan dlm kuantiti yg mencukupi dlm 1 bekas utk sekali penyusuan.
  • Tinggalkan sedikit ruang udara di dalam bekas simpanan susu untuk proses pengembangan susu beku.
  • simpan dalam peti sejuk.
  • bekas simpan susu mesti dilabelkan tarikh, masa dan jika anak di hantar ke tempat pengasuh labelkan nama anak sekali supaya tidak tertukar dgn bayi lain andai ada juga yg menyusu ibu.
  • Gunakan susu yang lebih awal terlebih dahulu

Rujukan: Google

Thursday, August 4, 2011

Cara tingkatkan pengeluaran susu

Huhu..tembamnya muka aku.ni masa mengandungkan hariz. Masa mengandung lg aku sudah berazam mahu susukn anak ini dgn susu ibu..


Sejak dua menjak entry ni asyik cerita pasal susu je..hehe
Saje nak menaikkan semangat diri sendiri:-)
Kat sini nak share skit bagaimana cara nak tingkatkan pengeluaran susu..
sumber ini diambil dari majalah Pa&Ma





letakkan bayi berada dekat dengan payudara

Jgn berikan puting kosong kpd bayi dgn alasan mahu menenangkannya. Hal ini boleh menyebabkan bayi keliru puting sekali gus mengurangkan kekerapan melakukan penyusuan.

galakkan bayi menyusu sekerap mungkin. Lebih kerap menyusu bayi lebih byk susu akan dpt dihasilkan.
jgn sesekali hadkan kekarapan menyusukan bayi.

susukan bayi dgn kedua belah payudara. Jgn hanya menumpukan sebelah bhgian payudara shj. hal ini penting agar penghasilan susu setara dan sama-sama stabil.

Berehat sekerap mungkin dan sentiasa bertenang ketika menyusukan bayi bg melancarkan aliran susu

Jgn beranggapan anda terpaksa menyusukan anak atau mempunyai sikap tidak sabar menunggu bayi menghabiskan sesi penyusuannya. Beri masa kepadanya dan diri sendiri kerana anda sama-sama sedang melalui proses pembelajaran tentang penyusuan susu ibu.

Hariz yg sudah satu tahun telah menyusu ibu..alhamdulillah..akhirnye niat ini terlaksana..

Wednesday, August 3, 2011

Pertama kali pakai adapter untuk Spectra dalam kereta

Pertama kali pakai ok..
Bagi aku ok..same je macam pakai elektrik..
Tangan tak lenguh lagi lepas ni:-) itu yang utama..hehe


sempat la pakai 2 kali dalam kereta..
Rasenye amat berbaloi pakai benda alah ni..
Insyaallah..



Demi anak ini:-)


Ketahanan Susu Ibu Perahan (SIP)




Ketahanan susu ibu bergantung kpd cara kita menyimpannya iaitu

4jam-suhu bilik

8 jam-suhu berhawa dingin

5 hari-peti ais

2 minggu-peti ais beku satu pintu

3 bulan-peti ais beku dua pintu

6 bulan-peti ais beku(deep freezer)

Tuesday, August 2, 2011

Salam Ramadhan buat semua

Asslamualaikum..

Sama-sama kita tingkatkan amal ibadah di  bulan yang penuh rahmat dan hidayah serta keampunan.

Semoga kita diberikan peluang untuk membersihkan jiwa kita dan memperkuatkan tekad kita untuk menjadi insan yang lebih baik, Insya Allah.




Monday, August 1, 2011

Akibatnya,,,,

Sory kakak, umi tak sempat la sayang..
Insyaallah ye kakak lepas ni umi cube gak curi masa untuk  bersama dgn kakak ye..
Ni lah akibatnya lama tidak beraktiviti dengan kakak..

Asalnya beginilah bilik kami yg telah dihias oleh abahnya..kemudian????
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v



Hasil guntingan dan tampalan kakak menghiasi lagi bilik kami..ehehe.


Abahnya terperasan kakak membuat aktiviti ini..tp dibiarkannya...huhu