Friday, September 23, 2011

Asal sampai lipis je....:-(




Asal sampai kg Ct Nurhaliza ni..
Perasaan mesti rase x best..
Rindu anak tak terkira..
Lagi2 la skang die tak berapa sihat sepenuhnya..


Untuk pengetahuan korang..hariz ni tak bleh bawak jalan jauh..
memang dah byk bulan kami tak berani nak bawak jalan kat tempat yg terbuka..

Tunggu die besar skit n betul2 sihat..

Wednesday, September 21, 2011

Cubaan lukis pakai arang


Pertama kali try lukis pakai arang ni..
Comot skit nampakkan..hehe

Sunday, September 18, 2011

Masih setia dengan Cloth Diapers (CD)


Kakak dan hariz masih kitorg pakaikan dgn CD ni..
Jimat tu mmg jimat la..
Tak payah kitorg peruntukkan duit setiap bulan nak beli pampers pakai buang kan..
Yang penting anak2 selesa pakai dan cucipun senang..

Friday, September 16, 2011

Ya Allah..berilah kekuatan kepadaku

aku perlu kuat menghadapi semua ni..
Kami cuba ikhtiar dgn cara lain(homeopati)
hanya mampu berdoa..berdoa..
semoga doa kami dimakbulkan..

Wednesday, September 14, 2011

Tok umi dan Tok bah


Petang tadi pergi beraya kejap kat umah pengasuh kakak dan hariz dulu..
Sempat la die jaga hariz beberapa bulan..


Tengok kakak...maunye die nak duduk diam2...



Terima kasih tok umi dan tok bah kerana sudi menjaga anak2 kami dulu :-)

Lukisan Arang


ARANG

- MEDIA ARANG -
Arang merupakan bahan yang memberi kebebasan untuk menghasilkan lukisan secara spontan. Arang yang pendek adalah lebih senang digunakan. Comotan dengan tangan atau pemadam akan menghasilkan pelbagai jalinan dalam lukisan menggunakan arang. Manakala kesalahan pula adalah senang untuk diperbaiki kerana lukisan asal senang dipadamkan dengan menggunakan kain. Hasil lukisan yang telah siap mestilah disemburkan dengan bahan pemati dan seterusnya dilindungi dengan kertas tisu bagi mengelakkan comotan.


1. Asalnya merupakan arang batang kayu yang terbakar.
2. Media yang tertua sekali.
3. Kelebihan arang ialah menghasilkan kesan gelap yan maksimum, lembut, lebih tepat dan tajam, lorekan yang pantas dan mampu melukis dalam kawasan yang luas pada masa yang singkat.
4. Teknik-teknik melukis arang ialah teknik gosokan, lorekan, basah dan memadam.


arang yang digunakan untuk melukis

arang juga dibuat seakan-akan pensel bagi memudahkan pengedalian

Beberapa jenis arang yang terdapat di pasaran






Hasil karya daripada media arang


Hasil karya lukisan media arang

Ni antara Assignment yg aku kena buat dgn menggunakan salah satu alatan seperti arang..

 

sumber dari http://senivisual1.blogspot.com/2009/10/lukisan.html

Susu banyak

Masa hariz masuk wad hari tu kerjanya asyik mengempeng je..
Pagi petang siang malam..bubur tak nak makan sgt..
Harapkan kenyang dgn susu je lah..
Bila hariz duk mengempeng je keje..
akibatnya susuku makin bertambah byk lakz..
hohoo sgt suka!

Jadi untuk menambah lagi pengeluaran susu ni..
aku kena rajin minum susu....
Susu apa yg menjadi pilihan aku?
Ini dia...........



2 susu ni aku suka..

Tuesday, September 13, 2011

Polihedra




Tq abang tolong buatkan 2 bentuk ni..huhu..jenuh ok nak siapkan benda ni..
mengambil masa yang lama tu..

semakin ceria

sekarg hariz nmpk lebih sihat, lebih ceria..
hepy kan tgk anak kite macam ni.
Kalau diikutkan hariz ni kami dah lama x bwk keluar g mane2 sejak die masuk wad kali prtama.
Kalau kami keluar pun kami akan tinggalkan hariz dgn maid..
Nampak la sgt hariz ni jakun(hehe) kalau bawak die naik keter..
Nk blk kg pun tak brani sebab paru2 hariz masih lemah lg..

Friday, September 9, 2011

Gigi besi



Rase lame dah tak p buat gigi..
memang dah buat appointment tapi disebabkan kesihatan hariz tidak menginzinkan..
byk kali aku miss..huhu
so sepatutnya proses cepat jadi lambat:-(


Wednesday, September 7, 2011

Kakak dan pink raya

Layan je la gambar kakak ni:-)









Jangkitan Kuman Di Paru-paru (pneomonia)

Aku ada google skit tentang sakit hariz ni..


Pengenalan
Sistem pernafasan manusia terbahagi kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian bawah terletak di dalam dada dan terdiri daripada saluran pernafasan dan pundi-pundi udara (air sacs). Jangkitan kuman di paru-paru boleh melibatkan saluran pernafasan (bronchitis) dan pundi-pundi udara (pneumonia). Secara amnya, jangkitan kuman di tisu paru-paru dikenali sebagai pneumonia. Ia adalah jangkitan kuman yang biasa di kalangan kanak-kanak kecil dan orang-orang tua. Ia disebabkan oleh virus atau bakteria. Kadangkala ia juga disebabkan oleh jangkitan awal pada sistem pernafasan di bahagian atas (batuk dan selsema) yang merebak ke bahagian bawah sistem pernafasan. Jangkitan kuman ini boleh melibatkan keadaan yang tidak serius hinggalah kepada keadaan yang membahayakan nyawa. 

Tanda-tanda dan gejala
Ini bergantung kepada sebab, umur dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan seseorang kanak-kanak itu. Secara amnya, kanak-kanak akan mengalami :
  • Demam panas
  • Batuk dengan atau tanpa kahak
  • Sakit dada
  • Tiada selera makan, tidak mahu makan
  • Rasa tidak sihat, sering merengek
  • Pernafasan laju atau susah bernafas
  • Muntah atau cirit-birit
Adakah jangkitan kuman paru-paru ini serius?
Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil. Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen. Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital:
  • Pernafasan laju
  • Sukar untuk bernafas
  • Bibir menjadi biru
  • Batuk berdarah
  • Tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing
Apakah rawatan untuk jangkitan di paru-paru?
Jenis rawatan bergantung kepada tahap jangkitan. Kebanyakannya adalah tidak serius dan disebabkan oleh virus, oleh itu sistem pertahanan badan memainkan peranan utama untuk melawan penyakit ini. Apabila jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor.
Untuk jangkitan yang tidak serius, ubat boleh diberi dalam bentuk pil.
Anda Boleh mencuba rawatan ini dirumah:
  • Paracetamol
  • Rehat yang secukupnya
  • Minum air yang banyak
Sekiranya jangkitan menjadi lebih serius ubat akan diberikan melalui suntikan.
Jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain. 


Tuesday, September 6, 2011

Hariz

Salam..
Hariz yang kini sudah 1 tahun 1 bulan..
Sebelum hariz sakit hari tu hariz dh boleh melangkah skit2 tapi skang die macam lupe ke ape ntah..
Die macam xnak dah try jalan..
mungkin hariz masih memerlukan masa selepas keluar dari wad..


ni gambar hariz sebelum masuk wad..
tertidur penat lepas sedut 'gas'
kalau tak laju je nafas hariz..
Mama cakap kalau nampak hariz mcm semput je cepat2 bwk emergency..
Jangan tunggu2..huhu




Sedih gak x dapat beraya n blk kg..
Tapi aku tahan lagi sebab aku duk dgn family..
kesian kat suami..Ini adalah pertama kali kali kami tak blk beraya di kelantan..
akupun baju raye tak pakai lagi..
Aku tak kisah sgt semua tu asalkan keadaan hariz semakin baik..

Sunday, September 4, 2011

Gambar raya yg tidak berapa lengkap

Kenapa ye tajuk diatas mengatakan gambar begitu?
Sebabnye dalam gambar ni abang(suami) dan hariz xder..Masa gambar ni diambil. abg tgh menjaga hariz di wad.
sebenarnye aku xder mood bergambar..tp diatas permintaan family ikut jelah..



Gambar diatas ni sebenarnye aku baru balik jaga hariz di wad..ni pagi raya tau..turn abg plak jaga hariz..



Antara gambar kami pada hari raya..sob..sob..sedih dlm gambar ni abg dan hariz xder:-(



~tAk sabar menunggu kepulangan hariz yg sgt kami rindui~