Saturday, October 29, 2011

Susu ibu dan susu formula

Hariz masih lagi diberi susu ibu kalau bersama aku...
Time tak cukup stok susu yg diperah ataupun ada masalah yg tak dpt dielakkan barulah hariz diberi susu tin/formula...
walau mcm manapun aku akan cuba meneruskan penyusuan ini sehingga hariz berumur 2tahun..
Time aku kerja aku akan menyediakan 2 botol susu..Setiap botol diisi 4oz..

Kalau  tak cukup 2 botol yg aku sediakan tu time kerja..barulah hariz akan diberi susu formula..


Harizpun dah makan..so susu die tak hisap banyak macam dulu...

Umur hariz masa 3/4 bulan..
Info dari majalah Pa&Ma:
Susu ibu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih jauh lebih baik daripada susu formula..

Friday, October 28, 2011

Sambal telur

1st time buat:-)
Antara menu berbuka puasa semalam..
kalau puasa ni rase rajin je jari ni nak cube resepi baru..hehe
sgt simple je masakan die..

Bahan-bahan 

  • cili kering yang telah di kisar secukupnyer
  • 2 biji bawang merah di tumbuk(ditumbuk)
  • 2biji bawang puti(ditumbuk)
  • 2 biji telur ayam
  • air asam jawa, garam, gula secukupnyer
  • minyak untuk menumis
  • 3 cawan air 
  • sedikit belacan
  • 2 sudu sos tiram

Cara-cara

  1. tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau
  2. masukkan cili kering yang telah dikisar. tumis hingga garing atau masak
  3. masukkan gula, garam, belacan dan asam jawa secukupnyer
  4. biarkan garing sampai mesra.
  5. bila dah cukup rasa masukkan air.
  6. masukkan telur sebiji demi sebiji. jangan di kacau. biar sehingga masak. sekiranya cili hampir kering tapi telur belum masak, cedukkan sedikit cili dalam kuali tu dan letakkan di atas telur tadi. air memainkan peranan penting. 

Antara resepi yg simple yg dicedok dr google:-)

Wednesday, October 26, 2011

Buku terpakai



Singgah amcorp mall, sempat rembat beberapa buah buku terpakai untuk kakak dan hariz..
Bukunye elok sgt lagi..biarlah TERPAKAIPUN..hoho
Antara yg sempat dibeli ialah kamus bergambar..
Bukunya serendah RM4.00 shj..xde koyak bagai..kalau adepun nama.
Puas hati beli..sebab bukunye ade kualiti lagik..

Antara buku yg dijual..
Die jual dlm kotak gini je...


hepy la tu kakak

Tuesday, October 25, 2011

Teguran bahasa

Ada beberapa pertuturan maid yg kami telah dengar dan tegur..
Antaranye..berus gigi jadi SIKAT GIGI..
Humaira pun jadi terikut sebut perkataan tu:-(


"JELIK" cth ayat..jgn pakai baju tu..jelik. Jelik membawa maksud buruk.

Bunyinya agak jarang org2 kite guna istilah tu..

Dan ada byk lagi perkataan lain yang kami telah tegur secara elok spy anak-anak tidak terikut dgn bahasa yg tak sepatutnya..

Sebenarnye kami tidak mengharapkan perubahan yang drastik..
Slow2 la belajar ye CIKNA..:-)

Sunday, October 23, 2011

Hariz 1 tahun 3 bulan


Pada usia ini..hariz sudah boleh berjalan agak stabil berbanding sebelum ni yg asyik2 terduduk je:-)
Seolah-olah macam nk lari je kalau kena kejar..hihi
Tima die sihat, makan pun senang..ape2 yg kite makan die nak..semua nak kalau boleh:-)


Gigi geraham banyak dah mula tumbuh..
Sangat suka main kereta mainan..saip ade bunyi lagi masa main kereta..
kelakar tgk gelagat die..


Umur setahun lebih baru leh jalan..alhamdulillah..
Yang penting kami sekeluaga mahu melihat hariz ceria dan sihat..
Sangat besar harapan ini..tidak mahu lg berlaku peristiwa itu:-(


Hero kesayangan umi..
Hero kesayangan abah...
Hero kesayangan kakak..


Kami semua sayang pemilik nama Muhammmad Amir Hariz ini...

Saturday, October 22, 2011

Imam Hariz


Tidak ketinggalan hariz juga masuk dlm pakaian beragam..
Ala-ala imam arab gtu..
Jubah n kopiah tu pemberian nekma dr mekah..tq nekma


Tengok....
Macam2 aksi hariz buat..

Gambar ni yg paling digemari...
Senyuman itu bisa membuatkan hati ini cair..
Kakak plak dengan gaya bibir seksinya...:-)

Tips tak bagi anak menangis di pasaraya

Berapa kali anak anda menjerit di dalam pasaraya ketika anda sedang membeli barangan runcit? 
Pastikan anak anda tidak lapar atau keletihan sebelum keluar rumah. Untuk mengawal apa jua kerenahnya, 
bawa biskut, air atau snek yang disukainya.
Gunakan cara tersebut agar misi anda untuk membeli belah tercapai. 
Benarkan anak anda turut serta ketika anda membeli barangan runcit seperti meletakkan barangan ke dalam troli untuk anda dan mengira barangan yang anda perlukan.
 
p/s-Selalunye biskut la yg menjadi pilihan untuk anak2..Kakak suka biskut chipsmore..tp aku dan suami sekarang saje beli biskut lain sebab kalau kena baju comot habis. lagila hariz boleh makan mcm2 sekarang..gerahampun byk dh mula naik.macam tiger ke..budak2 pun suke gak kan..sbb rasenye manis..harispun suke biskut tiger ni..

Jubah hitam dan Abaya



Sekarang aku suke tgk org pakai jubah hitam..
Koleksi jubah hitam aku bukan bykpun..stakat ade 2/3 helai je..
huhu
Aku suka jubah yang macam ni..



Jubah yang x ikut potongan badan..xde cutting
Warna gelap..
Macam gambar kat atas tu cantikkan jubah die..
Suke tangan yang bercekak camtu:-)


Wah..cantik betul fazura ni kan bertudung:-)


pakai purdah? heehee


Aku rase sekarang banyak jubah yg dijual di pasaran ada cutting kan..
hmm..lain orang..lain citarasanya

Friday, October 21, 2011

Princess 'kakak'

Assalamualaikum..
Masa family day sabtu ahad lepas..diorang ade anjurkan pakaian beragam..
So bile aku tau ade acara ni..aku ajak la abang g beli crown mainan ni untuk kakak..



Walaupun kakak kalah..
tapi sekurang-kurangnya umi dan abah nk kakak merasa dan beranikan diri naik ke pentas buat show..hehe

Kursus penyusuan Susu Ibu

Susu ibu di galakkan kerana ia mengandungi antibodi yang dapat melindungi bayi dari jangkitan dan alahan. kaya juga dengan sel darah putih yang dapat melindungi dari sebarang jangkitan. 
selain kaya dengan vitamin A dan E
Ia juga mengalakkan faktor pertumbuhan seperti kematangan usus dan mencegah dari berlakunya alahan. Sejenis laksatif iaitu memudahkan pengeluaran mekonium [najis] dan dapat mencegah penyakit kuning.



Pagi tadi jumpa dgn guru besar untuk minta pelepasan..
Alhamdulillah guru besar izinkan..
Kursus ni aku akan pergi bersama kawan sekolah aisyah..

Wednesday, October 19, 2011

Susu Hariz

Rutin biasa kalau kt sekolah
Pam susu untuk hariz..
Aku sempat pam 2 kali..
sebelum pam utk kali ke2 aku minum horlicks..
cuba jugak ambil masa untuk pam..
Seronok rase dpt hasil byk:-).

Isnin

Semalam hari selasa aku cube gak pam 2 kali..
juga minum horlicks beberapa jam sebelum pam kali ke2..
Hasilnya..alhamdulillah..


Selasa
Lama dh rase aku x dapat byk macam ni..
Ada dlm 11oz dp semalam..
:-)

Wednesday, October 12, 2011

Kakak kecik2 dulu part 1

Kakak dulu masa kecik tembam..
Kalau dgn pengasuhnye dulu..ya ampun byk betul makan!
hehe




kakak dgn sepupu Akif masa main kat taman permainan kt KLCC
awat rambut kakak macam baru lepas kena karen ni..mukapun sedih..
Owh ye la..masa ni kakak dah penat main air kt taman tu..


Aku zaman muda mudi dlu..hihi..



Dgn akif..sebaya dgn kakak..


ok..sambung lain kali lak:-)

kursus breastfeeding

Mama kata hospital nak buat kursus breastfeeding..
Harap kali ni jadi..
Sebab sebelum asyik tukar tarikh je..
Aku memang dah lama berangan nak pergi kursus yg berkaitan dgn breastfeeding ni..
Gambar tiada kaitan;)


Harap sgt kali ni jadi la ye;-)

Tuesday, October 11, 2011

Mak sedara


Ni mak sedara aku belah arwah abah..
Kitorang panggil cuja..
Ade butik pengantin gtu..
Aku baju2 kawin dulu amik dgn mak sedara aku ni la..
Kelantan mari tu..hehe

Masa ni hariz tembam lagi kan..
Ni gambar masa hujung tahun lepas x silap..
Huhu..geram tgk hariz time ni..

Monday, October 10, 2011

Terima kasih

"Berterima kasihlah pada orang yang telah MELUKAI hatimu
kerana dia telah membuat hatimu kuat.

Berterima kasihlah pada orang yang telah MEMBOHONGImu
kerana dia membuat hidupmu makin bijaksana.

Berterima kasihlah pada orang yang telah MEMBENCImu
kerana dia yg mengasah ketegaranmu.

Dan berterima kasihlah pada orang yang telah MENYAYANGImu
kerana itulah ANUGERAH TERINDAH dalam hidupmu"

Sunday, October 9, 2011

Hukum pakai rantai tgn/ kaki berloceng

Sumber-Facebook.com

Gincu Oh Gincu!

Apakah itu GINCU? Menurut Kamus Dewan gincu adalah barangan kosmetik yang diperbuat daripada lilin, minyak dan lain2 bahan yang biasanya digunakan untuk mewarnakan bibir supaya kelihatan lebih cantik dan menawan.

Aku adalah peminat setia gincu..
sgt suke gincu..
x sah kalau pergi mane2 x pakai..
Lagipun bukan susahpun nak pakai..calit je kat bibir ni kan..hehe

Warna merah menyala sperti di atas kah? oh tidak sama sekali..

Warna pilihan aku adalah ini......


warna yang tak tidak terlalu pekat...
yang pasti bukan merah menyala..huhu




Ni antara gincu yg aku ado..
Skit je..gincu aku byk yg aku bg kt mama..
Tapi mama skang bukan pakai sgtpun gincu..
nak bg adikpun..adik kecik lg..so bg la mama..
Kat bibikpun aku dah bg 1..

Geram tgk gincu maybelline kan..macam-macam kaler tu..
Gincu maybelline aku last beli dlu masa belajar kt maktab..
bibir jadi kering dan menggelupas..
kureng sesuai..
Nasib la aku x leh pakai brand ni..huhu

Thursday, October 6, 2011

Kakak manja


kakak ni memang manja skit dgn abahnya..
Abahnya plak jenis suke melayan..
pantang abah layan adik hariz..memang nampak la jelesnye tu..hehe
abah syg blaka la kakak..syg kakak dan syg hariz

Wednesday, October 5, 2011

Sedih dan Rasa terkilan sangat


Semalam abang citer..ade member sekolah abg tu.. anak umur nak masuk 2 tahun tp masih fully breastfeeding..

Dalam hati ni rase terkilan sangat sebab aku x mampu nak buat macam tu.
Mungkin dgn keadaan aku skang yang balajar ni..stress dan faktor2 lain yang menyebabkan susu aku agak terganggu..

Stok susu x banyak macam dulu..sedih sgt.. ni menyebabkan hariz terpaksa dicampur susu formula sbb stok susu aku tak cukup untuk menampung keperluan hariz sekarang..

lagi-lagi sekarang terpaksa meninggalkan anak hujung minggu untuk pergi kelas..
Ya Allah kau kuatkanlah semangatku.......

Hariz yakin melangkah

Alhamdulillah..hariz skang dah boleh jalan..
Suka tgk anak kita tgk blajar jalan kan..
Kelakar gaya jalannye..:-)
Budak gagah perkasa..umi sentiasa doakan anak2 umi ni
Tak berani nk lepas kat luar rumah ni..



kakak plak dgn pakai tudung n beg barbie..tgk baju..ayyo!!
hikhik

Bawa anak ke Taman:)

Petang semalam jadi gak pergi taman..
Kesian kat anak-anak lama tak bawak dorang ni keluar..
Humaira bukan main seronok lagi main..:-)
sayang kakak..
sayang hariz gagah..

Cikna@bibik bersama hariz dan kakak


haha..tengok fesyen kakak..alahai..


Hariz sampai tak mau turun main jongkang jongket ni..hehe
mentang2lah dah pandai jalan..x mau brenti dh jalannya..syabas bete..:P
Main gelongsor dgn cikna die..suka la sgt tu

Seronok turun naik tangga budak gagah ni:)    

Monday, October 3, 2011

Saat yang paling bahagia


Seorang isteri bertanya kepada suaminya, "Apakah saat paling bahagia didalam hidup abang? "
Suaminya memandang muka isteri dan berkata, "Saat itu belum terjadi lagi.."
Si isteri terdiam sejenak.

Kemudian dia bertanya lagi, "Dan bila saat itu akan terjadi?"
Suaminya berkata : "Saat itu adalah hari di mana awak membuka pintu dan berkata kepada saya, "Abang, Assalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh" di dalam rumah kita di Syurga.."

Firman Allah SWT :
"Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kalian dan keluarga kalian dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (At-Tahrim: 6)

"Ya Allah, jadikan hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku." (Riwayat Muslim no. 2491)

"Semoga Allah merahmati seorang lelaki yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat dan dia mengejutkan isterinya lalu si isteri mengerjakan solat.

Bila isterinya enggan untuk bangun, ia percikkan air di wajah isterinya. Semoga Allah merahmati seorang wanita yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat dan dia mengejutkan suami lalu si suami mengerjakan solat.

Bila suaminya enggan untuk bangun, dia percikkan air di wajah suaminya." (Sanad hadis ini shahih kata Asy-Syaikh Ahmad Syakir dalam tahqiqnya terhadap Al-Musnad)

- Artikel iluvislam.com