Friday, October 28, 2011

Sambal telur

1st time buat:-)
Antara menu berbuka puasa semalam..
kalau puasa ni rase rajin je jari ni nak cube resepi baru..hehe
sgt simple je masakan die..

Bahan-bahan 

  • cili kering yang telah di kisar secukupnyer
  • 2 biji bawang merah di tumbuk(ditumbuk)
  • 2biji bawang puti(ditumbuk)
  • 2 biji telur ayam
  • air asam jawa, garam, gula secukupnyer
  • minyak untuk menumis
  • 3 cawan air 
  • sedikit belacan
  • 2 sudu sos tiram

Cara-cara

  1. tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau
  2. masukkan cili kering yang telah dikisar. tumis hingga garing atau masak
  3. masukkan gula, garam, belacan dan asam jawa secukupnyer
  4. biarkan garing sampai mesra.
  5. bila dah cukup rasa masukkan air.
  6. masukkan telur sebiji demi sebiji. jangan di kacau. biar sehingga masak. sekiranya cili hampir kering tapi telur belum masak, cedukkan sedikit cili dalam kuali tu dan letakkan di atas telur tadi. air memainkan peranan penting. 

Antara resepi yg simple yg dicedok dr google:-)

2 comments:

  1. sedap tu kalau takde lauk lain pun ratu tak kisah kalau ade sambal telur ni.menyelerakan.ratu dh bape kali nk masuk blog farrah ni tp ade malware.ni pun ade ratu proceed je sbb tak sdp lak dah lama tak jengah sini komen... :)

    ReplyDelete
  2. betul la ratu..ade beberapa org lagi menber saye kate camtu xleh masuk blog saye..huhu..tapi adik saye kate leh proceed je kalau jadi camtu..die reti skit bab2 komputer ni..

    ReplyDelete