Monday, December 12, 2011

Jangan biarkan dosa bersarang di Facebook

Antara petikan dari majalah solusi-----> 
Facebook boleh menjadi sumber pahala jika digunakan dgn betul, malah boleh menjadi penyebab azab jika digunakan tanpa ilmu dan batasan.


Ramai dlm kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook.  Mungkin sudah mnjadi lumrah wanita yg biasanya inginkan pujian terhadap kecantikannya. oleh sebab itu, semakin ramai wanita memuat naik gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat(sehingga memenuhi kotak gambar) atau jauh. Ditambah lagi dgn gaya, aksi dan fesyen yg pelbagai.

Lebih pelik, tuan punya fbook yg sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebrg komen yg kurang beretika, kelihatan membiarkan shj  lamaran nafsu (spt ajakan berdating atau berkahwin wlau telah bersuami) tersebut pd bahagian komen gambarnya tanpa rase bersalah.

Mereka terus bercanda melalui ruangan komen. Si lelaki dan wanita ada juga yg telah beristeri dan bersuami-atas tiket kawan lama, rakan sepejabat dan sebagainya, namun hal tersebut dibiarkan shj.
Malah jika kedua-duanya masih bujang skalipun, ia tetap berdosa dan salah di sisi Islam krn perbuatan tersebut termasuk dlm kategori larangan Allah " jgnlah kamu menghampiri zina".

Niat utk mendekatkan ukhuwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan aktiviti bersembang mesra, gurau senda antara suami dan isteri yang bukan mahram.

Ia hanya akan membawa kemudaratan dan keruntuhan rumah tangga. Janganlah lagi mempermainkan nama ukhuwah untuk berbuat dosa.

Ukhuwah itu hanya terhad kpd sesuatu yg membawa kpd ingatkan Allah, mengajak ke arah kebaikan dan menjauhkan kemungkaran.


Lihat surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwah dalam kalangan mukmin.

<petikan dari majalah solusi>



******************************************************************************************************

p/s:
Bila membaca isu yg dipaparkan. Ya..Hati ini terdetik. Dosa-dosa yg telah kita buat tanpa disedari.
MasyaAllah!! Terlalu naifnya diri ini.

Gambar-gambar yg kita paparkan di dalam facebook yg mendedahkan aurat kita telah membuatkan dosa kita semakin bertambah bila banyak mata yg memandangnya.  


Mula teringat gmbar-gambar di dalam blog ini yg akan dikemaskini semula..
sekian..salam sayang

No comments:

Post a Comment