Saturday, January 28, 2012

Pak Su Boy dan tunang




Assalamualaikum..
Pak su ni merupakan adik kepada arwah abah saya.

Baru-baru masa cuti tahun baru cina..paksu dtg bersama tunangnya..
suka tengok tunangnya.. baik dan nampak muslimah orgnya..

Pandai paksu cari calon isteri ye:-)
Org yg baik akan bertemu dgn yg baik juga kan...


Paksu..



Tu la tunang paksu:-)




Mama dan paksu



Abang, hariz dan paksu..




Hariz sekarang pandai bergambar:-)




Kami dari keluarga Muadzam mendoakan paksu cepat-cepat naik pelamin ye:-)
Dan masjid yang bakal dibina itu akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Memang dah tak lama dahpun..insyaallah bulan Mei majlis akan berlangsung :-)

Friday, January 27, 2012

Kereta baru


Pi kuantan semalam..
Dah lama cadang nak beli keter utk anak2 main..
beli kat Manjaku..


Dulu dah beli tapi ada bahagian yg dh rosak, so dah tak selamat utk anak2 main..

Kakak biasala bangun awal..sempatla die main dulu sebelum adiknya bangun..

Kalau adiknya sudah bgn..mesti adiknya plak nak main..





Ni ha adiknya..melihat die sgt teruja naik:-)

Monday, January 23, 2012

Hariz dan patah perkataan




Hariz sekarang 1 tahun 6 bulan..
Antara perkataan pandai disebut ialah..abah, bird, nak..

dan beberapa lg perkataan yg hariz dah reti sebut.
Umi bile hariz nak sebut ni..;-(

Sunday, January 22, 2012

Mati mengejut !!


Izrail datang menjemput, tanpa memo, tanpa sebarang notis.

Daripada Anas bin Malik r.a., Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Antara tanda-tanda kiamat adalah apabila berleluasanya mati secara tiba-tiba". (Riwayat al-Tabarani)

Hal ini sukar dibayangkan oleh manusia pada masa dahulu kerana jumlah mereka yg mati mengejut sgt minimum.

Namun, Rasulullah s.a.w. telahpun memberi peringatan kpd kita bahawa fenomena ini akan terjadi dan kini ia sudah pun berlaku.

Apakah mati mengejut??

  • pakar-pakar perubatan dan saintis memberikan definisi bahawa mati mengejut ialah kematian yg berlaku dalam masa satu jam selepas mendapat sakit dada yg teruk.
  • Contoh..jika seseorg itu sakit jantung, dia meninggal dunia dalam masa satu jam selepas mendapat sakit dada yang teruk.
  • Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah membuat satu pengumuman mengenai jumla angka kematian mengejut yang naik mandadak ini.
 Dua punca utama..
  • serangan jantung merupakan penyebab utama fenomena ini berlaku di seluruh dunia dan jumlahnya jauh melebihi penyakit-penyakit lain.
  • strok (angin ahmar)



Petikan diambil dari majalah solusi isu no 39..

~kematian itu adalah sesuatu yg pasti..Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.~

Saturday, January 21, 2012

Majalah solusi isu 40


Saya baru dapatkan majalah ini beberapa hari lepas-)


Antara isi yang menarik perhatian saya ialah....






~Allah mencintai seseorang yang membawa org lain mencintai-Nya~

Thursday, January 19, 2012

Masih belum ke sekolah



Kakak masih belum sihat sepenuhnya lagi..
Masih batuk..

Kami juga buat pengasingan antara kakak dgn adiknya..Hariz
supaya sakit kakak tidak berpindah kpd hariz..
Hariz berdiri tepi walker..dalam walker sepupu hariz amin:-)

Hariz kalau demam dan mula batuk..kebiasannya akan diserang asma..
itu yg kami amat takutkan..


Tapi hariz telah menunjukkan tanda-tanda diserang selsema..
cepat-cepat kami bawa ke klinik swasta ambik ubat..

Harap sgt selsema hariz tidak berlarutan..

Esok rasenya kakak dah boleh p sekolah:-)

Tuesday, January 17, 2012

Islam milik kita...

 
Di dalam hati sebenarnya ada fitrah.

Dan fitrah hati adalah islam.

Sebab itu kita perlu senantiasa menjaga hati kita, kerana apabila kita menjaga hati, bermakna kita juga menjaga islam bersama.

Kita sering merasa terbeban dengan islam, lalu ditinggalkan dan dibiarkan islam begitu sahaja demi mencari kesenangan dunia.

Lama-kelamaan islam kita akan menjadi kotor dan tercemar.

Maka kita akan merasa kekosongan dan tidak selesa kerana kita telah membuang fitrah hati kita yang memerlukan islam.

Bertuahlah kita sekiranya kita berjaya mencari kembali islam kita sebelum terlambat.

Ketika itu, bertaubat dan sucikanlah kembali islam kita, dan yakinlah...

"Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan (curi) itu dan memperbaiki amal usahanya, sesungguhnya Allah menerima taubatnya; kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [ 5 : 39 ]
 

Petikan diambil dari: facebook
Gambar: koleksi simpanan sendiri

Thursday, January 12, 2012

Demam


Alahai kesian anak umi ni demam plak hari ni..
Umi doakan kakak cepat sembuh ye sayang...

Saturday, January 7, 2012

semester 2


Hari ni dah start kelas utk sem 2..
sem 2 ni class lambat plak abis berbanding sem lepas..

Lambat la balik kali ni..
kul 5.30 pm baru habis..

Ahad ni plak ade taklimat BIG..
 lepas ni pulun lagi la dgn asgmnt..

Friday, January 6, 2012

Kasih sayang kerana Allah


Sahabat..
Marilah kita berkasih sayang kerana Allah, 
agar bisa menikmati naungan taman indah syurgawi..

Thursday, January 5, 2012

EBM untuk Hariz


Balik sekolah terus capai pam ..
sambil tangan melayari internet sambil tu jugak pam susu:-)

stok susu untuk Hariz esok:-)

saje bagi yg fresh kat hariz padahal dalam peti tu ade lagi stok lama..
Dalam peti tu akan diguna masa saya akan ke lipis esok dan lusa..

Wednesday, January 4, 2012

sekitar majlis orientasi Tahun 1 dan pra sekolah

Tarikh  : 3 Januari 2012
Hari     : Selasa
Tempat: SKMJ


ceria..


Depan kakak adalah guru kelas iaitu cikgu Huda

Cikgu Huda




Gambar di bawah ni di ambil dari facebook SKMJ..



Tuesday, January 3, 2012

Wardina dan fesyen jubahnya..

Assalamualaikum..
Puas gak google nak cari gambar si cantik manis wardina yg nampak jubah sepenuhnya..

Banyak gambar sekerat je:-(
Antara gambar yg ado ialah.......

Sangat suka tengok org pakai jubah hitam yg plain gni..

cantik!

wardina dan peminatnya..

Wardina Safiyyah adalah salah satu ikon, role model dan inspirasi bagi peminatnya. Ini kerana perwatakkannya sebagai seorang muslimah yang bijak dan beribawa. Semoga beliau berjaya dan mudah-mudahan mesej yang beliau cuba sampaikan mampu menembusi setiap hati yang terleka oleh kehidupan yang melalaikan.




p/s-tadi ade org yg  bertanye member sekerja saya..adakah saye mengandung?..member saye tu balas..tak. die x ngandung...die memang suka pakai jubah..
(jawapan selamat.. HEHE..mmg betulpun jawapan member saya tu..)

Sejak akhir2 ni saye mmg cukup suka memakai jubah. sebenarnya jubah yg saya pakai tadi(di tempat kerja) mmg baju mengandungpun..sebab ade tali kat belakang. tu yg org leh konfius .. tapi saye buat jubah plak:-) hee..takperkan:-)

Pertama kali


Hari ni selesainya sesi pendaftaran prasekolah utk kakak..
Ini bermakna mulai esok kakak akan ikut uminya pergi sekolah sama-sama..

Gambar di atas juga saya snap masa kat masjid.
Pertama kali bawa anak ke masjid..

cuma kena pesan byk2 kali jangan itu..jangan ini..hee..lega die dgr cakap uminya..

Monday, January 2, 2012

Menu pagi ini-Roti tortilla


Menu pagi ni adalah roti tortilla bersama kuah kari ayam+sayur.
Konon beli roti tortilla ni nak buat macam resepi kat  sini 

Tengok2 mama dah masak roti ni bersama kuah ni..
mmm...sedap gak :-)