Sunday, January 22, 2012

Mati mengejut !!


Izrail datang menjemput, tanpa memo, tanpa sebarang notis.

Daripada Anas bin Malik r.a., Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Antara tanda-tanda kiamat adalah apabila berleluasanya mati secara tiba-tiba". (Riwayat al-Tabarani)

Hal ini sukar dibayangkan oleh manusia pada masa dahulu kerana jumlah mereka yg mati mengejut sgt minimum.

Namun, Rasulullah s.a.w. telahpun memberi peringatan kpd kita bahawa fenomena ini akan terjadi dan kini ia sudah pun berlaku.

Apakah mati mengejut??

  • pakar-pakar perubatan dan saintis memberikan definisi bahawa mati mengejut ialah kematian yg berlaku dalam masa satu jam selepas mendapat sakit dada yg teruk.
  • Contoh..jika seseorg itu sakit jantung, dia meninggal dunia dalam masa satu jam selepas mendapat sakit dada yang teruk.
  • Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah membuat satu pengumuman mengenai jumla angka kematian mengejut yang naik mandadak ini.
 Dua punca utama..
  • serangan jantung merupakan penyebab utama fenomena ini berlaku di seluruh dunia dan jumlahnya jauh melebihi penyakit-penyakit lain.
  • strok (angin ahmar)



Petikan diambil dari majalah solusi isu no 39..

~kematian itu adalah sesuatu yg pasti..Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.~

1 comment:

  1. yela takut kan sbb rasanya amal masih sebesar zarah...

    ReplyDelete