Tuesday, July 31, 2012

Lelaki ke perempuan?~18 minggu~

Jika bayi anda perempuan, vagina, uterus dan tiub falopio sudahpun berada di tempatnya. Jika ia lelaki, genitalnya adalah jelas..


 p/s: my prenz una..anak kite pmpuan ke lelaki ye? hehe

sumber: http://www.babycenter.com.my/malay/pregnancy/perkembangan-fetus/18-minggu/

Monday, July 30, 2012

Dari indonesia

brooch dan gelang



betul2 aku ingat benda lain hape ntah adik aku bg nih masa mula2 terima..kiki..
x sangka tua2 dpt angpau lg.hehe..

Pemberian dari adik..
Tq wan..semoga Allah sentiasa melindungimu :-)

Sunday, July 29, 2012

Kakak mengaji



Setiap hari kecuali malam jumaat kakak akan mengaji depan umah.



sebelum p mengaji

Hariz hampir menginjak 2 tahun dan kakak hujung bulan 8 ni 5 tahun..




p/s: kakak x suka makan kurma, x sama dgn adiknya hariz. tapi dua2 jenis selera mkn byk ikut uminya.:)

17 minggu

Panjang bayi anda sekarang hampir 5.5 inci / 13 sentimeter dari mercu kepala ke punggung dan berat sekitar 5 auns / 140 gram. Hampir semua rangka tulangnya berunsurkan rawan liat, yang akan mengeras kemudian. Satu bahan pelindung bergelar myelin mula membalut korda spina dengan perlahan-lahan.

Video meninjau kehamilan: (sari kata Bahasa) Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini. Lihatlah!
Dengan bantuan stetoskop khas, anda sekarang sudah boleh mendengar denyutan jantung bayi anda. Tiada yang lebih menyenangkan atau menguja daripada bunyi denyutan jantung bayi yang sedang menderap-derap. Pada hari-hari anda terasa bimbang tentang apakah kemajuan kehamilan anda, mendengar denyutan jantung bayi memberitahu anda yang dia sedang berkembang dan membesar. Pada masa-masa anda bosan dan terasa seolah-olah kehamilan anda tiada kesudahannya, ia memberi peringatan manis tentang apa yang akan disambut kelak setelah menunggu selama 40 minggu.

Uterus anda yang kian membesar telah mengalihkan pusat graviti anda dan anda mungkin merasa agak kurang seimbang. Berhati-hatilah dan pakailah kasut tumit rendah.

Adakah anda mendapati sukar untuk menyelesakan diri apabila masuk tidur? Rujuk tip-tip kami tidur semasa trimester kedua.

Sekiranya anda belum lagi menjalankan amniosentesis dan bertujuan untuk mengambilnya, minggu ini adalah masa yang sesuai. Satu keuntungan: Anda akan dapat melihat dan merenung bayi dengan baik melalui skan ultrasound yang digunakan untuk prosedur ini.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.






sumber:http://www.babycenter.com.my/malay/pregnancy/perkembangan-fetus/17-minggu/

Saturday, July 28, 2012

Catan bidang Menggambar

Nak melukis ni memang perlukan mood.
kalau xde mood lukis alamatnya x menjadik la lukisan nih..

anak2..nasib baik tak mengacau sgt:-) bleh siapkan keje



Hasil Terakhir..lama benor x mewarna..tgn ni dah keras dah

Friday, July 20, 2012

Buat play dough sendiri

Bahan

  • 3 1/2 cawan tepung
  • 1/2 cawan garam
  • 1 sudu besar krim 'tartar' - krim tartar ni bleh cari kat pasaraya bahagian bahan2 utk buat kek/kuih.  Dan krim tartar ni dlm bentuk serbuk putih/debu
  • 2 1/2 sudu besar minyak sayuran
  • 2 cawan air
  • pewarna makanan
  • setitis perisa vanila



Cara buat

1. Didihkan air kemudian campurkan pewarna, setitis perisa vanila, dan minyak.
2. Campurkan tepung, garam dan krim tartar ke dalam mangkuk.
3. Masukkan campuran mendidih tadi perlahan-lahan ke dalam mangkuk tadi.
4. Akhirnya tanah liat akan terhasil. Gaul sehingga  mesra! :-)

Nampak tiga tangan tu? hehe..dari kiri abg, saya dan kakak

Inilah hasil yang kami buat. Selamat mencuba!!

Saturday, July 14, 2012

kamu berdua yg teramat umi dan abah sayangi

Kalau dilihat hariz sekarang,dah byk perbezaan, dh byk perkataan yg die dh pandai sebut.
Dan yg saya plg gembira hariz sudah pandai memanggil saya..umi!!!
Kakak juga tak ketinggalan, suka tolong umi.

















insyaallah..adik hariz bakal lahir nanti:-)


Apa yg saya lihat sekarang, kakak dan hariz suke bermain bersama2, kadang2 mereka berebut. tp yg suka rebutnya mestilah si hariz.hehe..nasib baik la kakak ni asyik mengalah. kakak yg baik kan? kan kakak

Thursday, July 12, 2012

4 bulan sudah kandungan, sy semakin lebar!




Alhamdulillah kandungan saya sudah mencecah 4 bulan.
Dalam masa sebulan berat naik 2 kilo menyebabkan saya terpaksa pergi lg ke klinik ibu anak dlm masa 2 minggu lg. Andai kata kalau naik jugak, kemungkinan kena minum air gula. tu la..makan tak hingat. ayyo!
sudah nampak kelebaran saya:-(

saya sudah 54 kg! owh tidak

Friday, July 6, 2012

Kakak dan tudung

Saya skang suka galakkan kakak pakai tudung. Budak2 ni kalau die tak selesa mmg die akan tanggal terusla tudung tu. Saya rase masa skang adalah masa yg sesuai nak galakkan die pakai tudung. Maknanya nak membiasakan die dgn pemakaian tudung mungkin akan mengambil masa skitkan.




Thursday, July 5, 2012

Tok Wan


Owh..sy sgt rindu kat tokwan. insyallah nanti berkesempatan nak blk lg kg. Kesian tokwan..huhu
Kak long syg sgt kat tokwan tau

Monday, July 2, 2012

Matahari akan terbit dari barat??


 

 
 
Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.


 
NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai “retrograde motion”.


Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat!
klik sini :sumber Harian metro online