Friday, November 23, 2012

Kakak dan kawan-kawan




Kenangan kakak bersama kawan-kawan di pra sekolah.

Tuesday, November 20, 2012

Cerita Hariz dan Potty Train





Lama tak cerita hero ke2 saya ni..
Umurnya sekarang 2 tahun 4 bulan
 Hariz ni macam tau2 je dia akan dapat adik:-)

Sangat berminat dengan lori
Kalau naik kereta ke mana2 selama berjam2 sanggup tak tidur nak memerhatikan lori..HEHE


Pandai bercakap..mulut pot pet tak brenti berckp..kalau tak layan..waaaaa.. la jawabnya..HIHI..
banyak perkataan yang hariz pandai sebut cuma sebutannya kurang jelas.
Hariz juga dah pandai gtau kalau dia nak kencing
"umi nak ncing"
atau
"umi nak erak"
 Kiranya hariz skarang dah pandai la membezakan antara buang air kecil dan buang air besar.




Sekarangpun dah tak pakaikan cloth diapers (CD) waktu siang..
Ada jugak la terkencing skali skala..hati ni harus cekal la gak..


 Time nak tidur malam je kitorang akan pakaikan pampers.
kitorang mula start tak pakaikan Cloth diapers/ pampers ni sejak bulan september.
(tupun sekalai skala la tak pakaikan)
Cuti ni je kitorang akan cuba buat betul2 potty train utk hariz


Sekarang ni hariz tak mau dah org suap, lebih suka makan sendiri.
Baju seluarpun semua nak pakai sendiri..

Bagus2..:-) lega la skit umi dan abah 
CD pun dah jarang-jarang basuh.
pamperspun leh jimat lg:-)

Alhamdulillah..:-)

Sunday, November 18, 2012

Renovate rumah- Hampir siap

Tinggal sikit lg perlu di siapkan.


Pemandangan dari luar rumah.. lampu yg tergantung tu kitorang beli kat kelantan. Kebetulan balik kampung hari tu jumpa yg berkenan.



Semoga dipermudahkan segala urusan kami:-)

Tuesday, November 13, 2012

..32 minggu dan baru tau jantina baby..



Semalam check up n scan. Kepala baby dah turun bawah. HB dah semakin naik.
Alhamdulillah HB dah naik. Risau gak ni HB rendah. Byk risiko tu kan. Doktor sampai suruh saya makan pil tambah darah tu dalam 4 biji sehari..huhu..tak pernah lagi kena dulu masa pregnant anak pertama dan ke dua..ni lah pengalaman pertama..

Semalam juga baru dpt tau jantina baby.
Doktor siap tanye lagi nak tau ke jantina baby? bleh gak  (masa tu abg masuk sekali bilik doktor) konon nk surprise la yg ke3 ni. Tu yang kitorg tak beria sgt nak p klinik swasta utk scan. So skrang kitorang baru la dpt tau jantina baby. Tapi doktor maklumkan ini adalah kemungkinan besar shj. Jantinanya...jeng..jeng..RAHSIA dulu..hiii

Saya tak kisah sgt dpt baby boy or girl..maybe kitorg dah ada sepasang anak.
Saya dan suami mengharapkan baby di dalam kandungan ni sihat walafiat.



carta pergerakan janin

Berat baby sekarang dah 2kg
Masuk 32 minggu ni saya akan cuba untuk mengira dgn tepat pergerakan janin. Nurse pun beria pesan supaya alert dgn pergerakan baby.

Chaiyok!!

Wajarkah seorang suami menemani isteri bersalin?

Ketahuilah, hati seorang insan yang bergelar perempuan semasa bersalin adalah takut dan sakit. Namun disebalik ketakutan dan kesakitan para ibu, terselit doa di hati nurani si ibu agar anak yang bakal mengenal dunia itu sihat dan selamat. 

Normal jika dikatakan seseorang manusia itu memerlukan seorang lagi manusia lain bagi menjadi peneman, untuk melepaskan gundah perasaan.

Soalnya siapa yang harus menjadi peneman? Jawapannya senang sekali, tentulah para suami atau bakal bapa kepada si anak.

Apa kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi?

1. Meredakan debaran di hati isteri

Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain.

2. Meredakan kesakitan isteri 
Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang.

3. Menimbulkan keinsafan di hati suami
Secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.

4. Lebih menyayangi dan menghargai isteri
Apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan, boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri. Hargailah isteri anda, wahai sang suami.

5. Lebih menghargai keluarga

Melihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita.

Bagaimana suami boleh membantu, jika takut melihat darah?

Suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap. Suami boleh membantu dengan cara:

- Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya
- Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan
- Mengelap muka isteri apabila berpeluh
- Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri

Jadi, kaum Adam sekalian, yang telah bergelar suami, adakah anda menemani isteri anda ketika bersalin? Apa perasaaan anda?

Sumber: Facebook 




 

Monday, November 12, 2012

..elastic band (braces)..

pic from google
Sekarang gigi saya dipakai dgn elastic band atau senang ckp getah yang berada di kiri kanan gigi
Getah yg warna putih tu..nampak kan.
Getah ni kita sangkut di antara gigi atas dan gigi bawah.

Getah ni kite boleh tanggal sendiri. 
Jadi doktor akan bekalkan byk getah ni utk kita.
Perlu dipakai setiap hari.
Time makan n gosok gigi je kena tanggal.


Bila pakai getah ni rasa gigi agak ketat skit..
 




pic from google

Ha..nilah rupanya getah bulat tu..
kite pakai getah ni guna alat yg panjang muncung tu..(apa namanye den pun x tau..hehe)

Maybe bulan depan braces saya akan ditanggalkan.

Kalau ikut prosedur biasa, selepas braces ditanggalkan,perlu datang dalam beberapa hari lagi untuk proses yg seterusnya.

Tapi disebabkan saya duk jauh doktor kata die akan buat untuk saya sekali harung.




Sunday, November 11, 2012

Persiapan utk anak ke3

Semalam p kl utk appointment gigi.
Insyallah bulan depan, braces akan di cabut setelah 3 tahun memakainya..huh..

Macam biasala sambil menyelam minum air..heee
kitorg p beli skali brg utk adik hariz n kakak.


Hariz ni senyum ke hapa ni..x gaya senyum pun..hehe
Rasenye persiapan x byk manepun beli sbb byk yg dah ada..tapi baju baru tu mesti beli gak skit sbg persiapan nk sambut org baru :)

Saturday, November 10, 2012

Buah hati dah sampai


Tengok kakak dgn tudung baru tu..sempat rembat 1 tudung kat lipis utk kakak..

Friday, November 9, 2012

Hari ke 5 di Lipis

Hari ni merupakan hari ke 5 saya di sini.
Hmm..kali ni pecah rekod betul..lama sungguh rase berpisah dengan family ..

Hari ni juga saya baru habis exam untuk sem 3..huhu
Tak tau la camner keputusan exam saya..

Nak kata saya pulun study sgt tak jugak..
Bila dah pregnant ni tak boleh nak study beria..
Kudrat tidak mengizinkan.. huhu..betul2 x daya!
Dapat bilik pun yg x brape ok..
Lepas ni mungkin akan cuba berubah angin tukar hotel lain plak yg lebih selesa..

rindunya saya kat dorang ni!!
insyallah kakak dan abah akan smpi ptg ni..
esok akan ke kL utk appoiment gigi yg ke brape kali ntah..


Thursday, November 1, 2012

Keazaman dalam penyusuan susu ibu


Agaknya mana saya letak ye?
mentang-mentangla lama x pakai dekat setahun lebih..

cuba dah cari dalam beg pam susu tapi tak jumpa plak corong susu ni..


stok susu utk hariz yg dipam masa dlm pantang

Rindunya saya zaman ini..
Tapi semua ini memerlukan semangat dan keazaman dari diri anda sendiri selain sokongan yg kuat dari org2 yg terdekat..

Beli 2 paket susu Duth Lady 1kg~percuma beg~