Sunday, December 30, 2012

Masanya akan tiba

Assalamualaikum...
Awal pagi ni sy tersedar awal..
Tak lena tidur sgt,.
Tengok2 jam dah kul 5 pagi lebih..
P tandas dan perasan ada keluar darah skit..
Ya Allah, tiba-tiba perasaan berdebar tu datang.
Dah tak lama dah ni..
Doakan sy spy dipermudahkan semuanya..


Saturday, December 29, 2012

Rumah abg ngah



 Balik dr klate ari tu kitorg singgah umah abg ipar kat dungun..
Tq kak sudi masak utk kitorg ni..
Sememangnye kak memang terer bab masak ni :-)



Friday, December 28, 2012

Pam spectra3 dah sampai


Syukur alhamdulillah...
Pam yg saya hantar untuk servis dah selamat sampai tadi :-)
Jumlah bayaranpun x byk..alhamdulillah, yg penting pam ni dah ade dgn saya.
Penting ni nak guna masa pantang yg mana masa tu susu byk sgt..hihi
Masa hariz dulu, saya terpaksa pam susu hari ketiga dalam pantang.
Susu byk sgt, harizpun dah kekenyangan tp masih bengkak jadi saya terpaksa pam untuk melegakan sakit bengkak..uih x tahan bila bengkak..rasa nak demam jek..


Tuesday, December 25, 2012

Tanda-tanda hampir bersalin



Alhamdulillah sampai juga saya ke Muadzam. Risau gak sbb masa saya p ke klinik ibu anak di kelantan, nurse tu gtau kepala baby dah masuk, bila2 masa je boleh bersalin. huhu..
Antara info tanda-tanda bersalin yang saya dapat hasil dari menggoogle...

 
  • Bayi turun ke bawah- kepala baby memang dah turun, bersiap sedia la saya..
  • Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan- terasa bile baring dan masa berjalan
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing   -tanda ni mula saya rasa bile kandungan semakin berat.
  • sakit perut, memulas       -dalam seminggu ni perut sy memang selalu buat hal
  • kerap buang air besar    - hari2 membuang dan kadang2 dalam satu hari sampai 3 kali..hihi
  • kerap terkentut-ops!! betul
  • Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir      - belum lagi setakat ni, utk anak pertama dan kedua dulu, tanda ni keluar dlm beberapa hari sebelum saya bersalin.
  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
  • Sakit belakang   -tak boleh nak duduk lama, sekarangnipun tahan je sakit belakang, blog punye pasal. kui..kui

  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.

  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.

  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda. 

  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

  • Pecah air ketuban  -Tanda ni saya tak pernah alami lagi..Untuk anak ke 3 ni tak tau la

  • Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

  • Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis

  • Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.

  • Kontraksi yang tetap dan berterusan.

  • Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda.

Tuesday, December 18, 2012

Shopping Kota Bharu

Mentangla hari ni gaji, ambil kesempatan jalan-jalan bawak anak-anak..
Untuk mak buyung pun ado..hihi
Memang dah ada niat nak beli tudung..
Tak sangka jumpa plak tudung yg berkenan mcm yg jual online..less sampai 50%..
Waah..apa lagi saya rembat la beberapa helai.
Untuk kakak..dpt anak patung buat teman tidur:-)


Saturday, December 15, 2012

Pam spectra 3 baru dihantar servis





Pam kesayangan sy ni dah pun dihantar servis di histopoint kat Subang Jaya PJ.
Sebelum hantar tu sy dah p check suction pam ni kat Lunatots..katenye mmg pam ni perlu dihantar servis.. sebab suction die dah slow:-(
Nak hantar pam ni melalui Lunatots tak bleh sbb kitorg x beli kat sini..huhu..
Nak p sendiri kat histopoint pun tak tau jln, lgpun kitorg p KL skejap je..
Jalan mudah pos je lah.

So kitorg call dulu histopoint n tanye prosedur penghantaran pam ni camner..
Makluman yg saya dpt katanye pam ni dijangka siap dlm masa 3/4 hari dan dorang akan call kita semula untuk makluman berapa cas yg akan di kenakan.. duit tu kita bank in je nanti kat histopoint..
so harap2 selamat sampai kat tgn sy semula :-)


Friday, December 14, 2012

Roti Bakar


Roti bakar yg sgt simple ni adalah feveret anak2..
cara buatpun senang..
Sapu je mentega n lepas tu tabur gula skit..
bakar je atas kuali dgn api..Pastikan api tu slow je..