Tuesday, December 25, 2012

Tanda-tanda hampir bersalin



Alhamdulillah sampai juga saya ke Muadzam. Risau gak sbb masa saya p ke klinik ibu anak di kelantan, nurse tu gtau kepala baby dah masuk, bila2 masa je boleh bersalin. huhu..
Antara info tanda-tanda bersalin yang saya dapat hasil dari menggoogle...

 
  • Bayi turun ke bawah- kepala baby memang dah turun, bersiap sedia la saya..
  • Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan- terasa bile baring dan masa berjalan
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing   -tanda ni mula saya rasa bile kandungan semakin berat.
  • sakit perut, memulas       -dalam seminggu ni perut sy memang selalu buat hal
  • kerap buang air besar    - hari2 membuang dan kadang2 dalam satu hari sampai 3 kali..hihi
  • kerap terkentut-ops!! betul
  • Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir      - belum lagi setakat ni, utk anak pertama dan kedua dulu, tanda ni keluar dlm beberapa hari sebelum saya bersalin.
  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
  • Sakit belakang   -tak boleh nak duduk lama, sekarangnipun tahan je sakit belakang, blog punye pasal. kui..kui

  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.

  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.

  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda. 

  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

  • Pecah air ketuban  -Tanda ni saya tak pernah alami lagi..Untuk anak ke 3 ni tak tau la

  • Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

  • Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis

  • Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.

  • Kontraksi yang tetap dan berterusan.

  • Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda.

2 comments: