Tuesday, January 29, 2013

Nekma dan cucu ketiga


Gambar yang diambil di hospital. 
Ketiga-tiga anak saya disambut oleh mama saya.

Sunday, January 20, 2013

Ruang tamu








kebanyakan perabot kitorg pakai yg lama je..kitorg beli sebelum kitorg pindah ke muadzam lg..
kerusi kat ruang tamu ni cuma tukar sarung, sarung tu kitorg tempah warna merah. Nak bg nampak kelainan skit.. :)
Yang baru cuma perabot dalam bilik tidur kakak je..


Saturday, January 19, 2013

Bilik kakak&hariz :)




Memang mengambil  masa untuk budak2 ni tidur di bilik sendiri..terutama hariz..
Abahnya kena teman dulu diorang ni tidur..pastu baru la leh tinggalkan diorang..
Tupun selalunya hariz akan tersedar tgh malam dan dtg tidur kat bilik kitorang..

Thursday, January 17, 2013

..Untuk saYa..



Nama: Aisy Hadiya
Berat lahir: 2.85kg



Alhamdulillah.. Aisy Hadiya tak kena kuning. Biasalah baby baru lahir kan kuat tdo. Sejam atau 2 jam skali sy @ abahnya akan cuba kejutkan si kecik ni menyusu. Puas kejut tak mau jugak bgn.. Pastu abahnya ada la bertanyakan pd nurse ni cara nak kejut baby, nurse tu gtau bukak bedung dan geletek kaki die..lepas geletek kaki baru la baby Hadiya ni mau bgn..
 

Masih menyusu dgn susu ibu sepenuhnya. Diharapkan sy dpt menguatkan semangat sy utk memberikan susu ibu sepenuhnya kpd anak ini.


Saya juga dpt sesuatu dari mama. Pasni xyah berangan nk beli rantai lain..kui..kui..yelah tuh.Tq mama.
Utk kakak dan Hadiya plak dpt gelang dr nekma die. :-)


Monday, January 14, 2013

mula mmbuat stok


Hari sabtu lepas kalau diikutkan sy ada kelas tp x p pun..
nmpaknye sy perlu buat persediaan awal utk anak ini..
mujur ada pam spectra3 ni..berbaloi sgt beli 2 thn lepas

Lepas ni umi p kelas, akan ada stok susu utk kamu..memandangkan kamu akan ditinggalkan bersama nekma kamu.

p/s: huhu..lepas ni kena buat esaimen dlm pantang..



Wednesday, January 9, 2013

Baby hujung tahun

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..tanggal 30hb Disember 2012 jam 4 ptg puteri kami selamat  dilahirkan..
Awal seminggu dari tarikh jangka bersalin.
Kelahiran ni lebih mudah dr anak terdahulu.
Walaupun lebih mudah, tp menghadapi kesakitan kontraksi itu tidak akan dilupa.
Saat menatap wajah anak yg dikandung bagaikan penawar segala kesakitan..