Sunday, March 24, 2013

Seronoknya mereka :)





Lama tak bawak humaira dan hariz g main kt taman..
biasa main dpn umah, takpun kitorg bawa ke umah nekma.
kat umah nekma ramai skit kawan



tgk anak2 gembira, kitapun akan terasa gembira jgk kan.. x gitu..heee :-)

Friday, March 22, 2013

Panduan Penyimpanan dan Penggunaan Susu Perahan Ibu


Hadiya dan susu ibu..usianya hampir mencecah 3 bulan
 
 
 
sumber: facebook
 
Untuk panduan diri sendiri dan juga ibu-ibu muda di luar sana yang belum tahu cara penyimpanan dan penggunaan susu ibu yang betul. Untuk keselamatan bayi dan kualiti susu terjamin berkhasiat, pastikan susu yang diperah selamat untuk diminum mengikut cara penyimpanan dan pemanasan yang betul.

Menyimpan Susu Ibu:
Botol susu kecil amat sesuai digunakan.
Bekas kedap udara daripada gelas atau plastik yang keras dan tahan dalam peti sejukbeku, termasuklah bekas dadih.
Bag sejukbeku khas untuk susu ibu juga boleh digunakan.
Jangan menggunakan plastik aiskrim kerana ia tidak bersih dan boleh merosakkan susu.

Membersihkan Bekas Penyimpanan:
Basuh bekas menyimpan susu dalam air panas bersabun dan bilas dengan air panas.
Biarkan bekas kering di tempat yang bersih.
 nda juga boleh mensteril bekas dengan menggunakan tablet sterile yang dijual di kedai bayi atau farmasi.

Panduan Menyimpan Susu Ibu:
Sejukkan susu dalam masa 1 jam selepas diperah.
Labelkan bekas dengan tarikh dan masa perahan.
Simpan susu dalam kuantiti kecil (2-4 oz) dalam setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.
Sejukkan susu yang baru diperah dahulu sebelum mencampurkannya dengan susu yang sudah sedia sejuk.
Jangan isi susu terlalu penuh di dalam bekasnya, tinggalkan 1 inci untuk susu mengembang semasa proses sejukbeku.
*Jika bayi anda tidak cukup bulan atau ditahan di wad, minta nasihat jururawat tentang cara yang sepatutnya anda gunakan untuk menyimpan susu dan membersihkan bekas menyimpan susu.
Ketahanan susu ibu bergantung kepada cara bagaimana ia disimpan:
Suhu bilik, atas 25°C: 4-6 jam
Bekas penyejuk (Cooler, icepack): 12-24 jam
Peti sejuk 1 pintu
Bahagian fridge 4°C: 7 hari
Bahagian freezer -15°C: 2 minggu
Peti sejuk 2 pintu
Bahagian fridge, 4°C: 5 hari
Bahagian freezer, -18°C hingga -20°C: 3-6 bulan
Deep freezer -20°C: 6 bulan

PENTING!!!
Susu ibu hendaklah disejukkan jika ia tidak digunakan dalam masa 4-6 jam selepas diperah.
Tempatkan bekas susu di bahagian paling sejuk peti ais (jauh daripada pintu).
Jika telah melampaui masa simpanan, jangan sayang untuk membuangnya.
  
 Menyahbeku Susu Ibu:
Susu ibu yang asalnya beku dan telah dicairkan, boleh digunakan dalam masa 24 jam jika disimpan di dalam peti ais.
Susu ini tidak boleh dibekukan semula selepas dicairkan.
Semak tarikh pada bekas penyimpanan. Gunakan susu yang lama dahulu.
Nyahbekukan susu beku dengan meletakkannya di bahagian fridge selama 4 jam atau
Lalukan bekas susu yang beku tadi di bawah air paip yang sejuk. Setelah ia mula cair, lalukan atau rendam dalam air suam pula untuk terus mencairkannya.
Jangan cairkan pada suhu bilik. Suamkan susu tadi dengan merendamkannya di dalam mangkuk yang berisi air panas.
Jangan mencairkan atau memanaskan susu di dalam ketuhar gelombang mikro, oven atau di atas api.
 
 Panduan Memberi Susu Ibu:
Goncang perlahan susu yang telah suam dan rasa kepanasannya dengan tangan anda sebelum menggunakannya.
Pegang bayi semasa memberinya susu perahan.
Jadikan penyusuan menyeronokkan; bercakap dan senyum dengan bayi.
Sendawakan bayi selepas memberi susu perahan.
Gunakan susu ini dalam masa 1 jam. Buang selebihnya

Maklumat Tambahan


1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakancooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer). 
 Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).

2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair.

3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.

4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan
untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.

5. Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.

BERILAH YANG TERBAIK UNTUK ANAK ANDA :)

Tuesday, March 19, 2013

Semakin Tembam

muka masyam...








senyuman yang mencairkan...






mencairkan kami sekeluarga :)

Monday, March 18, 2013

Saya dan Mama

Petang tadi kami ke rompin melawat adik yang belajar di sana..
Lepas jumpa adik, kami singgah kat pantai jap..


Hadiya ketiduran.. :-)


 
Rase sekajap je masa berlalu..
Tak lama lagi dah nak p kerja..


Malam ni nak sambung buat assignment..
Harap la mata ini bertahan..

Friday, March 15, 2013

Kisah 50 sen


 

Kringggg.. Terima kasih cikgu, semua pelajar beredar ke kantin. Tapi seorang pelajar ni tak keluar utk rehat.
Awak tak rehat ke Alif? Ujar sy kpd pelajar ni. Tak cikgu. Jawab alif ringkas.

Kenapa alif tak rehat? Jawab alif "Mak sy beri 50 sen sehari cikgu. Kat kantin 50 sen ni dpt beli nugget je sekeping. Malu la cikgu beratur panjang2 dpt beli nugget je. Jadi sy kumpul duit hari ini utk makan hari esok. Jadi sy dpt la makan nugget 50 sen dan air sirap 50 sen. Sy kat kantin hari Selasa dan Khamis je cikgu " alif tertunduk malu

Perasaan sy mula bercampur baur, sedih sebak. Di zaman 2013 ini masih ada pelajar yg membawa 50 sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 50 sen jumlah yg kecil sedangkan bg pelajar ini 50 sen sgt besar ertinya.

Saya tanya lg, kalau hari jumaat awak tak pergi kantin la ye?
Owh hari jumaat duit 50 sen ni sy sedekah masa bacaan yasiin cikgu. Jawab alif dgn bersahaja. Mak sy kata kalau kita sedekah rezeki kita akan bertambah..

Mata saya dah berkaca...Sy terkejut dan bertambah sebak. Dah la duit ada 50 sen. Siap boleh sedekah pulak. Ya Allah, limpahkanlah rezeki bg keluarga pelajarku ini..luaskan rezeki mereka semoga mereka tidak lagi berada dalam kemiskinan.

Huh macam terpukul sungguh sy, bayangkan duit 50 sen yg diberi utk makan, dia infakkan 50 sen utk tabung sekolah setiap jumaat semasa bacaan yasiin.

Mungkin kisah ini nampak simple tp bagi saya ia memberi seribu pengajaran. Mungkin Allah nak temukan sy dgh pelajar ini supaya lebihkan sedekah dan berinfak.

Bagaimana pula dgn kita? Mampukah kita istiqomah bersedekah setiap hari jumaat?

Harini Jumaat. Ayuh kita berazam utk lebihkan sedekah pd hari yg mulia ini kpd masjid masa solat Jumaat, kaum kerabat yg dlm kesusahan? dan untuk fuqarak serta masakin,Semoga Allah s.w.t memberikan ganjaran kpd anda semua.

Sumber dari ustaz Zahazan Mohamed

Kenangan di Temin kraf, Jerantut






Wednesday, March 13, 2013

Masih Cuti...

Walau masih cuti dari kerja.. belajar tetap mcm biasa. Saya cuba untuk membahagikan masa.
Nasib baik la baby Aisy  jenis yang tidak meragam dan senang dijaga..die faham agaknya kot..hihi
 
Tengok tu, uminye tgh print, sibuk jugak Hariz ni :-)

Aisy Hadiya 2 bulan..5kg


Saya kagum dengan kawan saya yg mempunyai 9 anak..Macam mana agaknya die membahagikan masa ye..Saya baru mempunyai anak 3 orang..tu pun dah kalut semacam..



p/s: Terima kasih kpd abg yg byk membantu..

Sunday, March 10, 2013

Tembikar di Temin, Jerantut

Hari ni bakal merasai sendiri membuat tembikar secara amali di Pusat tembikar Temin Jerantut..
Syukur alhamdulillah semalam pada interaksi ke3 kami dah dpt baucer buku rm250..naik rm50 dr tahun lepas..

pic from google

Wednesday, March 6, 2013

Mendidik anak mengikut pandangan Profesor Muhaya



  • Kanak kanak yg dibesarkan dgn pujian menjadi yakin pada diri dan anak anak yg dibesarkan dgn kritikan dan cemuhan hilang keyakinan diri.
  • Audit bagaimana kita besarkan anak anak kita. 
  • Para ibu bapa harus ikhlas mendidik anak anak jadi pencen kubur kita yang akan mendoakan kita bila kita di alam barzah. Jangan sekali niat mendidik anak untuk membuat kita bangga. Bayangkan anak anak kita bersama kita menuju syurga di padang mahsyar. Kalau ini tujuan kita lihat betapa ia akan mengubah cara kita fikir, rasa dan bertindak.
  • Jangan sekali mencari penghargaan manusia dalam mendidik anak. Hanya redha Allah. Ini akan mengubah bahasa di rumah kita. Perkataaan " apa orang kata" akan hilang akan timbul" apa Allah lihat dan apa Nabi Muhamaad saw akan buat dalam situasi ini.
  •  Pandang anak anak dan suami atau isteri dgn penuh kasih sayang dan katakan betapa bersyukur mereka berada dalam kehidupan kita.

    •   Perhatikan perangai kita. Adakah membuat perkara bermanafaat, menyenangkan, memudahkan, memberi galakan, kasih sayang atau sebaliknya dengan pandangan, perkataan dan perbuatan kita pada orang lain. Lepas itu nilai hasil kehidupan kita. Ia akan bersamaan apa kita telah beri pada dunia selama ini. Jika buruk yang kita beri maka buruk yang kita dapat.

    •   Jika kita merasakan kita sentiasa saling bergantungan sesama insan maka kita akan sentiasa mersa belas kasihan dan berkasih sayang sesama insan. Betulkan diri sendiri sebelum mebetulkan orang lain dan ajak orang buat kebaikan bukan memandang rendah pada sesiapa. Setiap orang berlainan tahap kesedaran mereka

    •   Jadikan kasih sayang fokus hidup kita dan lihat apa yang akan berkembang dalam hidup

    •   Masa depan kita dapat kita ketahui dengan melihat fikiran kita sekarang. Jika positif insyaAllah positif, jika sentiasa berfikir memberi manfaat insyaAllah akan mendapat menafaat. apa kita beri itu kita dapat

    •   Setiap hari niat memberi kasih sayang pada anak anak dan sentiasa sebut bersyukur mempunyai anak yang baik dan beriman dan sebutkan ini pada mereka. Jika kita tidak beriman bagaimana anak anak akan beriman. Minta maaf pada anak anak atas kesalahan kita mendidik mereka hingga tidak menjadi seperti yang ISlam mahukan . Lihat bagaimana respon mereka.Tentu akan jadi lembut. Ini ubat yang baik untuk anak-anak remaja yang nakal.


Sekadar perkongsian bersama..

Sekian..
Salam sayang 

Monday, March 4, 2013

Tokwan dan Tokmek bersama Aisy Hadiya






Aisy Hadiya bergambar kenangan bersama moyang sebelah mama dan arwah abah..


tokmek




tokmek adalah ibu kepada arwah abah saya..
manakala tokwan adalah sebelah mama..




 tokwan
Antara kenangan bersama yg tidak akan dilupakan..
Salam sayang..


Friday, March 1, 2013

Doa memelihara anak kecil dari gangguan

sumber: Facebook