Wednesday, March 6, 2013

Mendidik anak mengikut pandangan Profesor Muhaya



  • Kanak kanak yg dibesarkan dgn pujian menjadi yakin pada diri dan anak anak yg dibesarkan dgn kritikan dan cemuhan hilang keyakinan diri.
  • Audit bagaimana kita besarkan anak anak kita. 
  • Para ibu bapa harus ikhlas mendidik anak anak jadi pencen kubur kita yang akan mendoakan kita bila kita di alam barzah. Jangan sekali niat mendidik anak untuk membuat kita bangga. Bayangkan anak anak kita bersama kita menuju syurga di padang mahsyar. Kalau ini tujuan kita lihat betapa ia akan mengubah cara kita fikir, rasa dan bertindak.
  • Jangan sekali mencari penghargaan manusia dalam mendidik anak. Hanya redha Allah. Ini akan mengubah bahasa di rumah kita. Perkataaan " apa orang kata" akan hilang akan timbul" apa Allah lihat dan apa Nabi Muhamaad saw akan buat dalam situasi ini.
  •  Pandang anak anak dan suami atau isteri dgn penuh kasih sayang dan katakan betapa bersyukur mereka berada dalam kehidupan kita.

    •   Perhatikan perangai kita. Adakah membuat perkara bermanafaat, menyenangkan, memudahkan, memberi galakan, kasih sayang atau sebaliknya dengan pandangan, perkataan dan perbuatan kita pada orang lain. Lepas itu nilai hasil kehidupan kita. Ia akan bersamaan apa kita telah beri pada dunia selama ini. Jika buruk yang kita beri maka buruk yang kita dapat.

    •   Jika kita merasakan kita sentiasa saling bergantungan sesama insan maka kita akan sentiasa mersa belas kasihan dan berkasih sayang sesama insan. Betulkan diri sendiri sebelum mebetulkan orang lain dan ajak orang buat kebaikan bukan memandang rendah pada sesiapa. Setiap orang berlainan tahap kesedaran mereka

    •   Jadikan kasih sayang fokus hidup kita dan lihat apa yang akan berkembang dalam hidup

    •   Masa depan kita dapat kita ketahui dengan melihat fikiran kita sekarang. Jika positif insyaAllah positif, jika sentiasa berfikir memberi manfaat insyaAllah akan mendapat menafaat. apa kita beri itu kita dapat

    •   Setiap hari niat memberi kasih sayang pada anak anak dan sentiasa sebut bersyukur mempunyai anak yang baik dan beriman dan sebutkan ini pada mereka. Jika kita tidak beriman bagaimana anak anak akan beriman. Minta maaf pada anak anak atas kesalahan kita mendidik mereka hingga tidak menjadi seperti yang ISlam mahukan . Lihat bagaimana respon mereka.Tentu akan jadi lembut. Ini ubat yang baik untuk anak-anak remaja yang nakal.


Sekadar perkongsian bersama..

Sekian..
Salam sayang 

No comments:

Post a Comment