Friday, March 22, 2013

Panduan Penyimpanan dan Penggunaan Susu Perahan Ibu


Hadiya dan susu ibu..usianya hampir mencecah 3 bulan
 
 
 
sumber: facebook
 
Untuk panduan diri sendiri dan juga ibu-ibu muda di luar sana yang belum tahu cara penyimpanan dan penggunaan susu ibu yang betul. Untuk keselamatan bayi dan kualiti susu terjamin berkhasiat, pastikan susu yang diperah selamat untuk diminum mengikut cara penyimpanan dan pemanasan yang betul.

Menyimpan Susu Ibu:
Botol susu kecil amat sesuai digunakan.
Bekas kedap udara daripada gelas atau plastik yang keras dan tahan dalam peti sejukbeku, termasuklah bekas dadih.
Bag sejukbeku khas untuk susu ibu juga boleh digunakan.
Jangan menggunakan plastik aiskrim kerana ia tidak bersih dan boleh merosakkan susu.

Membersihkan Bekas Penyimpanan:
Basuh bekas menyimpan susu dalam air panas bersabun dan bilas dengan air panas.
Biarkan bekas kering di tempat yang bersih.
 nda juga boleh mensteril bekas dengan menggunakan tablet sterile yang dijual di kedai bayi atau farmasi.

Panduan Menyimpan Susu Ibu:
Sejukkan susu dalam masa 1 jam selepas diperah.
Labelkan bekas dengan tarikh dan masa perahan.
Simpan susu dalam kuantiti kecil (2-4 oz) dalam setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.
Sejukkan susu yang baru diperah dahulu sebelum mencampurkannya dengan susu yang sudah sedia sejuk.
Jangan isi susu terlalu penuh di dalam bekasnya, tinggalkan 1 inci untuk susu mengembang semasa proses sejukbeku.
*Jika bayi anda tidak cukup bulan atau ditahan di wad, minta nasihat jururawat tentang cara yang sepatutnya anda gunakan untuk menyimpan susu dan membersihkan bekas menyimpan susu.
Ketahanan susu ibu bergantung kepada cara bagaimana ia disimpan:
Suhu bilik, atas 25°C: 4-6 jam
Bekas penyejuk (Cooler, icepack): 12-24 jam
Peti sejuk 1 pintu
Bahagian fridge 4°C: 7 hari
Bahagian freezer -15°C: 2 minggu
Peti sejuk 2 pintu
Bahagian fridge, 4°C: 5 hari
Bahagian freezer, -18°C hingga -20°C: 3-6 bulan
Deep freezer -20°C: 6 bulan

PENTING!!!
Susu ibu hendaklah disejukkan jika ia tidak digunakan dalam masa 4-6 jam selepas diperah.
Tempatkan bekas susu di bahagian paling sejuk peti ais (jauh daripada pintu).
Jika telah melampaui masa simpanan, jangan sayang untuk membuangnya.
  
 Menyahbeku Susu Ibu:
Susu ibu yang asalnya beku dan telah dicairkan, boleh digunakan dalam masa 24 jam jika disimpan di dalam peti ais.
Susu ini tidak boleh dibekukan semula selepas dicairkan.
Semak tarikh pada bekas penyimpanan. Gunakan susu yang lama dahulu.
Nyahbekukan susu beku dengan meletakkannya di bahagian fridge selama 4 jam atau
Lalukan bekas susu yang beku tadi di bawah air paip yang sejuk. Setelah ia mula cair, lalukan atau rendam dalam air suam pula untuk terus mencairkannya.
Jangan cairkan pada suhu bilik. Suamkan susu tadi dengan merendamkannya di dalam mangkuk yang berisi air panas.
Jangan mencairkan atau memanaskan susu di dalam ketuhar gelombang mikro, oven atau di atas api.
 
 Panduan Memberi Susu Ibu:
Goncang perlahan susu yang telah suam dan rasa kepanasannya dengan tangan anda sebelum menggunakannya.
Pegang bayi semasa memberinya susu perahan.
Jadikan penyusuan menyeronokkan; bercakap dan senyum dengan bayi.
Sendawakan bayi selepas memberi susu perahan.
Gunakan susu ini dalam masa 1 jam. Buang selebihnya

Maklumat Tambahan


1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakancooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer). 
 Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).

2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair.

3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.

4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan
untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.

5. Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.

BERILAH YANG TERBAIK UNTUK ANAK ANDA :)

No comments:

Post a Comment