Sunday, April 28, 2013

Di Pra

Naik kerja ari tu, sy dimaklumkan perlu menggantikan guru yg cuti bersalin. Jadi untuk pertama kalinya saya menjadi guru kelas untuk murid pra sekolah. sebelum ni ada gak masuk tapi cuma untuk merilif saja.. saya seronok di sini. mungkin kerana adanya Alang :-)

 Ni gambar thn lepas. humaira 5 thn di pra


Monday, April 22, 2013

Kakak demam

Sabtu lepas kakak dan hadiya duk dgn nekma die. kitorg p lipih..adik sms gtau kakak demam.. alhamdulillah skang nmpak dah ok.. tp risau plak leni, hariz n hadiya mcm panas skit ni..
acu tengok budak baru baik demam.. mintak susu botol. layan je la..
kakak tak malu kan..hehe

Tuesday, April 16, 2013

Topeng paper mache


Topeng yang dibuat dari surat khabar..surat khabar yang dipotong dan ditampal secara bertindihan. kemudian dijemur hingga kering..alhamdulillah..skarang dah hampir siap..tggal hias je lagi :-)
tugasan seni untuk sem 4 ini..

Mereka anak-anak saya :)

Kakak dengan aktiviti mewarnanya


sengih Hariz yg dibuat2..hehe

Baby Hadiya yg mula meniarap di kala usia 3 bulan..

Mereka membesar di depan mata kami :-)

Friday, April 12, 2013

Inspirasi


Dua buah buku yg sy sedang cuba untuk mencuri masa untuk membacanya. Kedua buah buku ni sy dah baca skit2. Buku '43 inspirasi mendidik anak' mengisahkan pengalaman unik penulis dalam mendidik anak yg lebih kepada islamik. Boleh la belajar pendekatan beliau dalam mendidik anak2..


Thursday, April 11, 2013

Menyepi

Fuhh..sejak mula bekerja dengan status ibu beranak tiga agak memenatkan jugak. Ditambah lagi dengan komitmen untuk menyiapkan assignment. Juga maid saya juga telah balik kerana sudah cukup tempohnya dan mau kahwin sudaaa..Alhamdulilah dapat juga pengasuh yg sgt berhampiran dgn rumah kitorg. Pengasuh tu jugak hanya jaga sorang je. mujur sangat..ye la kan, tak mau la pengasuh jaga ramai sgt budak..nanti x terkejar plak kan..


ok..untuk semangat diri saya sendiri, sy nak jugak cerita mengenai penyusuan susu ibu.
Aisy hadiya umurnya hampir mencecah 4 bulan..beratnyapun dah 6.++ kg.



 Tak perlu susah2 guna tgn..zaman sekarang yg serba lengkap..guna sahaja pam elektrik. Saya guna pam spectra3.


Oleh disebabkan sy menggunakan pam susu elektrik. Maka adapter ini amat penting diletak di dalam kereta. Adapter ni digunakan sebagai penyambung ke kereta. Untuk sesiapa yang menggunakan pam susu elektrik boleh la membeli adapter ni di mana2 butik penyusuan susu ibu. Mungkin tak semua butik penyusuan menjualnya so pandai2 cari la yek.


ok. itu sahaja cerita yang mahu dikongsikan.
Salam sayang :-)



Wednesday, April 3, 2013

Sekeluarga


Sebenarnya agak susah mau bergambar satu family sebab xde tukang snapnye :-)
Dengan kehadiran orang baru dalam keluarga kami pada hujung tahun lepas..
Akhirnya dapat juga kami bergambar kenangan di tepian pantai..


Nur Keisya Safiyya

Tahniah kpd adik ipar di atas kelahiran cahaya mata .Nur keisya safiyya. Sedapnya nama. Mamanya kata nak letak nama ni tp skarang tak tau la kalu tukar yg lain plak.. Tahniah manja..comel..hidung mancung tu :-)

Monday, April 1, 2013

Teman uminya


Ginila gayanya bila ada anak kecik..uminya memulun nk menyiapkan assignment..
Si anak kecik ni agaknya boring bergolek lama sgt sbb uminya tak layan akhirnya merengek dan merayu untuk dibelai..heeee

Esok dah mula kerja..huhu
Apsal ni? hmm..x puas lg rasa nak memerap kat umah :-(