Saturday, June 29, 2013

Seminar Celik Mumz








 



Indahnya saat menjadi seorang ibu, jika dilihat dalam konteks islam peranan seorang ibu itu sangat besar hingga bisa diumpamakan “Syurga itu dibawah tapak kaki ibu”. Menyedari hakikat ini, As Sohwah Group Sdn Bhd untuk julung kalinya pada tahun 2013 ini ingin menganjurkan Seminar Celik Momz istimewa buat semua para ibu, ibu tunggal, bakal ibu dan semua insan yang bergelar wanita. Program ini akan diadakan pada 30 Jun 2013 bertempat di Dewan Auditorium Jubli Perak Sultan Abdul Aziz bermula pada jam 9 pagi sehingga 5.30 petang
.
Seperti tahun lepas, kami berharap sedikit ilmu yang ingin kami kongsikan buat semua wanita muslimah akan dapat diterapkan dalam institusi kekeluargaan untuk mendidik anak-anak mereka. Di samping itu, program ini bertujuan untuk meningkatkan darjat seorang ibu dalam kaca mata seorang suami. Suami tidak suka diubah namun suami mampu berubah dengan teguran yang baik dan bermanfaat. Untuk pengetahuan semua juga, seminar ini bukan sahaja untuk kaum ibu, namun juga buat kaum bapa. Ini kerana program ini juga membicarakan tentang tanggungjawab keibubapaan dalam mendidik anak mereka.

Jemputlah datang beramai bagi berkongsi ilmu bersama Prof Dr Muhaya dan Dr Atiyah bersama panel jemputan Puan Wardina Safiyyah juga artis jemputan Dato’ Sharifah Aini, dan Puan Nora. Jadilah orang yang bahagia dan membahagiakan dengan selalu Muhasabah Diri. "Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapa mu dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)."
[Surah Luqman ayat: 14]

petikan dari assowah.com

 p/s: Insyaallah saya akan menghadiri seminar ini. Semoga Allah memberkati ilmu ini. Kepada mama. terima kasih tidak terhingga kerana sudi menjaga hadiya.









Friday, June 21, 2013

cuba...

askum... skarang sedang cuba utk membuat stok susu utk hadiya sbyk mungkin memandangkan stok mmg xde..huhu.. minggu akan berkursus 3 hari. kalau x cukup terpaksa dah campur susu lain.. zzzzzz

Monday, June 17, 2013

hari lahir kakak

hampir cecah 6 bulan

salam ptg ahad.. sempat mencuri masa skejap. Tak lama lagi hadiya boleh makan dah.. sy ingat nk cari slow cooker. senang la skit nk msk bubur. pengalaman sebelum ni bubur selalu hangit tggal atas dapur gtu. .huhu..itu la..nipun nk cari atas pengalaman member yg kata senang guna slow cooker kan..