Tuesday, September 23, 2014

Jambatan gantung di IPGKTAA




Kalau bawak anak-anak di IPG, dorang ni akan minta untuk dibawa ke sini.

Kini saya di semester 7. Tinggal 1 semester lagi.

Thursday, September 11, 2014

Mereka adalah amanah untuk kita




ANAK adalah amanah di atas bahu setiap ibu bapa. Amanah itu perlu ditunaikan seperti mana yang dipertanggungjawabkan. Adakah kita pada hari ini tahu dan sedar, apakah amanah yang wajib ditunaikan oleh setiap ibu bapa?  

Dalam hadis sahih, Rasulullah SAW bersabda: “Setiap anak yang lahir dilahirkan di atas fitrah.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: “Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaKu.” (Surah Al-Dzaariyaat: 56)

Fitrah inilah yang harus dijaga dan dipelihara oleh kedua orang tuanya, jangan sampai anak-anak yang lahir itu berubah fitrahnya.

Fitrah yang dimaksudkan adalah Islam, seperti mana firman ALLAH: “Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Islam); (sesuai) fitrah ALLAH disebabkan Dia telah menciptakan manusia sesuai dengan fitrah itu.” (Surah Al-Rum: 30)

Sumber: Didik anak kenal akidah

Tuesday, September 9, 2014

Surprise dari kakak

 simple je :)

 Beli kek ni dah beberapa hari dah.. sorok tak kena tempat. suami dah nampak plak..haha

Monday, September 8, 2014

Usaha dan Doa




Mendidik anak menjadi Muslim dalam zaman yang penuh dengan cabaran ini perlu kepada usaha gigih ibu bapa dan doa yang tidak pernah henti kepada Pemilik segala usaha.

(Petikan buku '43 Inspirasi Mendidik Anak')

Sunday, September 7, 2014

Kitchen Cabinet








Kalau anda perasan..nampak tak harganya? Pergh

Friday, September 5, 2014

Alangkah Ruginya




Kata seorang sahabat nabi iaitu Abdullah ibn Umar...
"Alangkah ruginya hidupku jika umurku bertambah namun amalanku masih kurang"

Thursday, September 4, 2014

Seorang 'Abah'




Seorang abah, yang kesedihan dan kesayuan tidak terpamer. Kanvas cintanya bukan dilukis oleh warna-warna yang disentuh dengan mata. tetapi hanya dapat dibaca oleh rasa. 



Terjumpa pensel warna ni hasil tulisan arwah abah. Kenangan bersama abah takkan terpadam dalam memori kami adik beadik.



Tugas utama bapa ialah mengenalkan anaknya kepada Pencipta dan peraturan-Nya serta memimpin anak-anak supaya patuh dan taat kepada-Nya supaya selamat dunia dan akhirat. Seorang ulamak berpesan, "awal agama ialah mengenal Allah".  (Majalah Solusi)

Wednesday, September 3, 2014

Suka-suka

Asalnya tudung kakak ni kosong.
Saje suka-suka tambah lagi aksesori :)



Tuesday, September 2, 2014

Pantai Rompin

 Ralitnya si kecik ni :)

 Si comel menjelajah..hihi


 Aisy Hadiya masih lagi belajar...mendengar deruan ombak kan baby aisy.



Kali ni saya lihat pantainya kelihatan bersih berbanding dulu. Alhamdulillah.. indah je pemandangan disini.

Monday, September 1, 2014

Beza kakak dan Hadiya

 kakak dan kawan-kawannya
Beza kakak dengan adik.. si kakak memang seorang yang suka makan.
Aisy plak..cerewet sungguh..belum sampai makanan ke mulut dah geleng-gelang kepala taknak..huhu




Ya Allah, perlihatkan kami suatu kebenaran itu kebenaran, lalu kurniai kami kecenderungan untuk mengikutinya. Perlihatkan kami suatu kebatilan itu kebatilan, lalu kurniai kami kekuatan untuk menjauhinya.
(Majalah Solusi)

Sunday, August 31, 2014

Bersama Allah Tidak Gelisah




Dekat atau jauhnya diri kita dengan Allah bukan diukur pada jarak jasad yang melaluinya tetapi jarak hati. Apabila hati berzikir, diri hampir dengan Allah. Apabila hati alpa, diri akan jauh daripada-Nya.
(Petikan majalah solusi)

Wednesday, April 23, 2014

masih hadiya

Sudah byk pandai dan mcm2 peel dah...
Mulutpun dah bising dengan bahasanya☺
Btul la kan org kata..anak ni lain2 peelnya..setiap anak  perangainya x sama..


Sunday, March 9, 2014

Thursday, March 6, 2014

kami..mama..pengasuh

Alhamdulillah..syukur di atas nikmat yg diberikan olehNya. Masih lagi bernafas di bumi yg indah ini. Semoga kita semua tidak hanyut dgn nikmat dunia yg semntara ini. Nikmat syurga yg kekal abadi.
 
Ni gambar mama. Rutin hariannya byk di habiskan di masjid. Selalunya lepas solat isyak berjemaah di masjid mama akan singgah ke rumah saya. Semoga mama terus diberi kesihatan yg baik..

Bumi muadzam masih lg di selimuti jerebu... sampai di tmpt kerja ketara bau asap..huhu..


Hujung thn lepas kami ambil semula bibik. Masih lg mengambil bibik yg lama. Alhamdulillah dia masih lg mahu bkerja dgn kami..sy sering juga mengingatkan diri agar dgn kehadiran bibik ini tidak menjejaskan hubungan saya dgn anak-anak. Keperluan emosi anak-anak perlu diutamakan. Jgn sampai anak2 rapat dgn bibikkan..

Selain tu..saya cuba sedaya upaya untuk menyediakan masakan dr air tangan saya sndiri. Bibik cuma mmbantu sediakan bahan dan mengemas. Walaupun sekarang musim assignment yg byk itu..huhu..saya cuba jugak memasak..walau org kata lauk simple2 je.

Semoga Allah membantu kami dlm menguruskan kehidupan ini dengan lebih baik....

Sunday, March 2, 2014

kampung

suka sangat tengok pemandangan kat sini..
semulajadi dan terasa sejuk je mata ni.






Saturday, March 1, 2014

Birthday Hadiya



Tq nekma belanja kek utk birthday hadiya.

Anak di tahun 2014

Assalamualaikum..
Lamanya saya tak membuat sedikit coretan di sini..
Anak-anakpun semakin membesar..
kakak dan hariz semakin dapat menyesuaikan diri di sekolah/ taski.
Hadiya plak semakin cerdik akalnya:-)