Tuesday, September 23, 2014

Jambatan gantung di IPGKTAA




Kalau bawak anak-anak di IPG, dorang ni akan minta untuk dibawa ke sini.

Kini saya di semester 7. Tinggal 1 semester lagi.

Thursday, September 11, 2014

Mereka adalah amanah untuk kita




ANAK adalah amanah di atas bahu setiap ibu bapa. Amanah itu perlu ditunaikan seperti mana yang dipertanggungjawabkan. Adakah kita pada hari ini tahu dan sedar, apakah amanah yang wajib ditunaikan oleh setiap ibu bapa?  

Dalam hadis sahih, Rasulullah SAW bersabda: “Setiap anak yang lahir dilahirkan di atas fitrah.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: “Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaKu.” (Surah Al-Dzaariyaat: 56)

Fitrah inilah yang harus dijaga dan dipelihara oleh kedua orang tuanya, jangan sampai anak-anak yang lahir itu berubah fitrahnya.

Fitrah yang dimaksudkan adalah Islam, seperti mana firman ALLAH: “Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Islam); (sesuai) fitrah ALLAH disebabkan Dia telah menciptakan manusia sesuai dengan fitrah itu.” (Surah Al-Rum: 30)

Sumber: Didik anak kenal akidah

Tuesday, September 9, 2014

Surprise dari kakak

 simple je :)

 Beli kek ni dah beberapa hari dah.. sorok tak kena tempat. suami dah nampak plak..haha

Monday, September 8, 2014

Usaha dan Doa




Mendidik anak menjadi Muslim dalam zaman yang penuh dengan cabaran ini perlu kepada usaha gigih ibu bapa dan doa yang tidak pernah henti kepada Pemilik segala usaha.

(Petikan buku '43 Inspirasi Mendidik Anak')

Sunday, September 7, 2014

Kitchen Cabinet








Kalau anda perasan..nampak tak harganya? Pergh

Friday, September 5, 2014

Alangkah Ruginya




Kata seorang sahabat nabi iaitu Abdullah ibn Umar...
"Alangkah ruginya hidupku jika umurku bertambah namun amalanku masih kurang"

Thursday, September 4, 2014

Seorang 'Abah'




Seorang abah, yang kesedihan dan kesayuan tidak terpamer. Kanvas cintanya bukan dilukis oleh warna-warna yang disentuh dengan mata. tetapi hanya dapat dibaca oleh rasa. 



Terjumpa pensel warna ni hasil tulisan arwah abah. Kenangan bersama abah takkan terpadam dalam memori kami adik beadik.



Tugas utama bapa ialah mengenalkan anaknya kepada Pencipta dan peraturan-Nya serta memimpin anak-anak supaya patuh dan taat kepada-Nya supaya selamat dunia dan akhirat. Seorang ulamak berpesan, "awal agama ialah mengenal Allah".  (Majalah Solusi)

Wednesday, September 3, 2014

Suka-suka

Asalnya tudung kakak ni kosong.
Saje suka-suka tambah lagi aksesori :)



Tuesday, September 2, 2014

Pantai Rompin

 Ralitnya si kecik ni :)

 Si comel menjelajah..hihi


 Aisy Hadiya masih lagi belajar...mendengar deruan ombak kan baby aisy.



Kali ni saya lihat pantainya kelihatan bersih berbanding dulu. Alhamdulillah.. indah je pemandangan disini.

Monday, September 1, 2014

Beza kakak dan Hadiya

 kakak dan kawan-kawannya
Beza kakak dengan adik.. si kakak memang seorang yang suka makan.
Aisy plak..cerewet sungguh..belum sampai makanan ke mulut dah geleng-gelang kepala taknak..huhu




Ya Allah, perlihatkan kami suatu kebenaran itu kebenaran, lalu kurniai kami kecenderungan untuk mengikutinya. Perlihatkan kami suatu kebatilan itu kebatilan, lalu kurniai kami kekuatan untuk menjauhinya.
(Majalah Solusi)